Di bawah program ini, pemilik Porsche boleh mendapatkan khidmat tunda percuma ke Porsche Centre yang berhampiran, serta diskaun sehingga 30 peratus ke atas alat ganti dan kos buruh menerusi temujanji yang dibuat bermula sekarang sehingga 31 Januari 2022.
Para pelanggan Porsche juga layak untuk mendapat pemeriksaan yang lebih terpeinci, beserta rundingan peribadi bersama pakar bertauliah untuk menilai kerosakan dan pembaikan yang perlu dibuat terhadap kereta yang terjejas.
Hanya alat ganti tulen Porsche (Porsche Genuine Parts) yang akan digunakan dalam setiap pembaikan, dan dilindungi oleh jaminan selama dua tahun.
Selain itu, Porsche Roadside Assistance turut dibuka 24 jam sehari, tujuh hari seminggu bagi memberikan bantuan tundaan dan juga bantuan tepi jalan.