Banjir: Perodua tawar kos tunda, kos buruh percuma, diskaun alat ganti 50 peratus

oleh Mohamad Hanif|
Perusahaan Otomobil Kedua Sdn Bhd (Perodua) akan menawarkan servis menunda kenderaan secara percuma kepada para pemilik yang terjejas akibat banjir tempoh hari.

Perkara tersebut diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob ketika sidang media di Hulu Langat hari ini.

Beliau berkata, bayaran upah buruh untuk membaiki dan servis kenderaan yang dihantar ke pusat servis Perodua adalah percuma dan bayaran alat ganti pula diberikan diskaun 50 peratus.

"Saya difahamkan Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz akan berunding lagi dengan syarikat-syarikat kereta yang lain seperti Proton (Proton Holdings Bhd) dan sebagainya.

"Saya harap syarikat-syarikat lain boleh mengikut apa yang dilakukan oleh Perodua dan kalau lebih baik daripada itu pun kami mengalu-alukan," katanya pada sidang media selepas meninjau kerja-kerja pembersihan pascabanjir di Taman Sri Nanding dan Kampung Dusun Tua, di sini hari ini.

Sumber: Astro Awani

Berita Berkenaan

Berita Domestik
"Dari segi dalaman, kami sedang berdepan beberapa masalah pengeluaran berkaitan QV-E. Kami sudah…
Berita Domestik
Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Seri Zainal Abidin Ahmad, berkata berdasarkan…
Berita Domestik
"Dengan pengenaan duti import tambahan sebanyak 30 peratus dan duti eksais 10 peratus ke atas…