Banjir N.Sembilan: Dua jalan di Felda Palong ditutup kepada semua kenderaan

oleh Penyumbang Rencana|
gambar dari Astro Awani
Jalan Palong Utama (FT 1283) dan Jalan Loop Palong (FT1284) berhampiran Felda Palong 4, 5 dan 6 di Jempol ditutup sepenuhnya kepada semua kenderaan.


Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah Jempol, Nawal Mohamed Amin berkata ia selepas laluan itu ditenggelami air berikutan hujan berterusan serta limpahan air sungai berhampiran.
KTM aspiRC MREC Banner Campaign October 2023
HONDA CITY MREC Banner Campaign November 2023

 

“Orang ramai serta pengguna jalan raya dinasihatkan berhati-hati dan sentiasa mematuhi arahan yang dikeluarkan pihak berkuasa.

 

“Pengguna jalan raya diminta menggunakan jalan alternatif lain sama ada untuk ke Pasir Besar atau sebaliknya sehingga satu tempoh yang akan dimaklumkan kelak,” katanya ketika dihubungi.

 

Jabatan Meteorologi Malaysia menerusi laman Facebooknya mengeluarkan amaran hujan lebat berterusan dikategorikan buruk dijangka melanda sehingga 2 Mac di Negeri Sembilan.

 

Amaran berkenaan dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda yang menunjukkan hujan lebat berterusan dijangka melanda dengan taburan melebihi 60 milimeter dalam tempoh enam jam.

 

 

Astro Awani

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata bagi tempoh itu pihaknya menerima…
Berita Domestik
"Kejadian banjir ini berlaku pada tahun 2007, 2014 dan dua kali pada 2021 iaitu pada bulan Januari…
Informasi
  "Itu setakat dua minggu lepas. Sekarang bila banjir sudah surut, kita akan lakukan sekali lagi…