Banjir: MODENAS tawar Kempen Servis Prihatin untuk mangsa terjejas

oleh Mohamad Hanif|
Syarikat Motosikal dan Enjin Nasional Sdn Bhd (MODENAS) hari ini mengumumkan Kempen Servis Prihatin MODENAS yang dikhususkan kepada para pemilik motosikal MODENAS yang terjejas akibat banjir baru-baru ini.

Kempen tersebut menyediakan khidmat seperti berikut:

  • Caj upah kerja percuma untuk baik pulih biasa (tanpa overhaul)
  • Pemeriksaan percuma
  • Pemeriksaan motosikal percuma
  • Diskaun sehingga 25 peratus untuk alat ganti
  • Diskaun sehingga 15 peratus untuk alat ganti skuter
  • Diskaun sehingga 70 peratus kos buruh untuk pembaikan melibatkan overhaul

Bermula sekarang sehingga 31 Disember 2021, para pemilik motosikal Modenas di Selangor dan Pahang boleh mendapatkan khidmat di lokasi pusat servis berikut:

PUSAT SERVIS MODENAS (SHAH ALAM, SELANGOR)
Alamat: No.62 & 64 Jalan Pluto Ay, Seksyen U5 40150 Shah Alam,Selangor
Waktu operasi: 9.00am - 5.00pm
Nombor telefon: 04-4668160

PUSAT SERVIS MODENAS (KUANTAN, PAHANG)
Alamat: No A149, Lorong Seri Teruntum 8,
Jalan Dato Wong Ah Jang, Taman Tunas Maju, 25200 Kuantan, Pahang
Waktu operasi: 9.00am - 5.00pm
Nombor telefon: 09-5123380 /044668199

Maklumat lanjut boleh didapati menerusi mana-mana Pusat Servis MODENAS yang sah atau menghubungi Talian Careline MODENAS di 1-800-880-181 atau WhatsApp di 019-570 8135.

Berita Berkenaan

Pelancaran Motosikal
Dominar D400 Adventure merupakan versi yang dipertingkatkan dari versi sebelum ini, dikuasakan oleh…
Pelancaran Motosikal
Dominar D250 dikuasakan oleh enjin satu silinder DOHC Twin Spark 248.77 cc, dipadankan bersama…
Berita Domestik
Antara ciri pembaharuan yang dibawakan termasuklah unit lampu hadapan serba baharu, kehadiran slot…