Banjir: Mitsubishi Malaysia umum diskaun alat ganti tulen, kos buruh

oleh Mohamad Hanif|
Mitsubishi Motors Malaysia mengumumkan program bantuan banjir kepada para pemilik Mitsubishi di sekitar Kuala Lumpur, Selangor dan Pahang yang terjejas akibat bencana banjir yang melanda, baru-baru ini.

Bantuan tersebut berbentuk diskaun sehingga 30 peratus ke atas alat ganti tulen Mitsubishi, serta diskaun sehingga 50 peratus untuk kos buruh, dan sah bermula sekarang sehingga 20 Januari 2022.

Selain daripada itu, Mitsubishi Motors turut menawarkan khidmat tunda tanpa sebarang kos.

Para pemilik yang terjejas hanya perlu menghubungi talian Mitsubishi Assist 24Hrs (MA24) di talian 1-800-88-2166.

Para pemilik yang menguruskan sendiri khidmat tunda tanpa melalui MA24 dan perlindungan insurans juga boleh mendapatkan rebat bernilai sehingga RM300. Pelanggan hanya perlu membuat laporan polis, dan menunda kenderaan yang terjejas ke pusat servis Mitsubishi Motors yang berdekatan.

 

Berita Berkenaan

Berita Global
  Walaupun dari syarikat sama kedua-duanya tampil dengan identiti sendiri dan tugas pengeluaran…
Berita Domestik
MMM telah menjual 24,315 unit kenderaan dengan bahagian pasaran sebanyak 3.2 peratus yang…
Berita Global
Biarpun muncul sarat dengan pelekat samaran, Mitsubishi mengesahkan konsep rekaan ini ditampilkan…