Banjir: Mforce tawar bantuan untuk pelanggan terjejas

oleh Mohamad Hanif|
MForce Bike Holdings Sdn Bhd mengumumkan bantuan kepada para pelanggan mereka yang terjejas akibat bencana banjir yang melanda baru-baru ini.

Pemilik motosikal berjenama SYM, Benelli, WMoto, SM Sport, Keeway dan Brixton yang terjejas di sekitar Lembah Klang boleh mendapatkan manfaat seperti berikut:

  • diskaun 20 peratus ke atas alat ganti terpilih
  • pemeriksaan dan kos upah secara percuma
  • penggantian minyak enjin asas secara percuma

Tawaran ini sah bermula 27 Disember 2021 sehingga 15 Januari, di mana pemilik boleh menghantar motor mereka ke MForce cawangan Segambut beserta surat sokongan pada alamat berikut:

No. 15, Jalan Segambut Atas, Taman Segambut, 51200 Kuala Lumpur
Nombor telefon: 04-545 2222
Waktu Operasi: Isnin - Jumaat, 8.30 am - 5.30 pm.

Berita Berkenaan

Informasi
  "Itu setakat dua minggu lepas. Sekarang bila banjir sudah surut, kita akan lakukan sekali lagi…
Berita Domestik
  "Saya berharap peruntukan khas bagi pembaikan jalan persekutuan iaitu Lebuhraya Pasir Gudang dan…
Informasi
  "Saya menyeru kepada semua pengguna jalan raya agar sentiasa mematuhi arahan papan tanda yang…