Sehingga 31 Januari 2022, para pelanggan boleh mendapatkan diskaun sehingga 30 peratus ke atas alat ganti, tunda kenderaan tanpa sebarang kos, serta penilaian percuma terhadap kos pembaikan yang diperlukan dengan pelan pembayaran mudah sifar faedah.
Menurut Sagree Sardien selaku Presiden dan CEO Mercedes-Benz Malaysia, "keselamatan para pelanggan merupakan keutamaan kami, dan dengan jaringan pengedar yang luas, kami komited untuk memastikan para pelanggan dan kenderaan Mercedes-Benz mereka berada di bawah jagaan yang sepatutnya dalam keadaan yang tidak menentu ini.
Para pelanggan Mercedes-Benz yang terjejas boleh menghubungi pengedar sah Mercedes-Benz, atau talian Mercedes-Benz 24h Roadside Assistance & Customer Care Centre di 1-800-88-1133.