Banjir - Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim dijangka beroperasi semula minggu depan

oleh Penyumbang Rencana|
foto Sinar Harian
Landasan Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim (LTAH) dijangka akan beroperasi semula minggu depan setelah ditutup sejak 29 November lalu akibat banjir.

Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan berkata, pembukaan semula LTAH itu bergantung kepada kelulusan Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAMM) dan Malaysia Airport Holding Berhad (MAHB) sekiranya disahkan landasan selamat digunakan.

Setakat ini, usaha pemulihan kawasan terjejas berjalan lancar dan tidak menolak kemungkinan kembali beroperasi minggu depan berdasarkan tinjauan dilakukan dalam lawatan kerja ke Kedah pada Sabtu.

Walau bagaimana pun ia bergantung kepada CAMM dan MAHB untuk pengesahan samada ia selamat untuk digunakan.

Untuk makluman, landasan kapal terbang tersebut adalah sejauh 2.7 kilometer (km) dan ketika banjir kawasan landasan ditenggelami air sedalam 50 sentimeter (cm), kawasan laluan teksi 80 cm dan kawasan apron hanya 4 cm.

Sepanjang tempoh penutupan landasan, banyak penerbangan terpaksa dibatalkan. Sehari dianggarkan 20 hingga 24 penerbangan masuk dan keluar dari Alor Setar,” jelas Pengurus LTSAH, Ikram Alif Mansoor.

Menurutnya lagi, pihaknya perlu menguji beberapa perkara bagi menilai kerosakan yang berlaku akibat banjir, namun setakat ini tiada kerosakan besar dikesan.

Bacaan sepenuhnya di Sinar Harian

Berita Berkenaan

Berita Domestik
"Biasanya kami tidak buat extension (melanjutkan insurans sedia ada di Malaysia bagi perlindungan…
Berita Domestik
"Selalunya kami dapat menjual kira-kira 1,000 pakej insurans setiap hari dari Jumaat hingga Ahad…
Informasi
“Antara gambar kereta mangsa yang sempat diambil, semoga bertabahlah. Banyak lagi yang terkandas…