Banjir: Laluan KTM Intercity Pantai Timur tergendala

oleh Penyumbang Rencana 2|
sumber gambar: Harian Metro
Pihak Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) mengumumkan penutupan sementara laluan perkhidmatan tren sektor Pantai Timur (Tumpat ke Tanah Merah) akibat ditenggelami air di kilometer 490.0 hingga kilometer 493.0, menurut laporan Kosmo.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024

Menurut kenyataan terbaharu yang dikeluarkan, aturan operasi perkhidmatan tren KTM Intercity bagi laluan tersebut antaranya tren nombor 26 dan 27 (Ekspres Rakyat Timuran) laluan Johor Bahru Sentral ke Tumpat dan sebaliknya. Perkhidmatan ini akan mula dan tamat dari Stesen Tanah Merah.

“Bagi perkhidmatan tren shuttle nombor 51, 52, 55, 56, 57, 60 bagi laluan Tumpat – Dabong – Gua Musang – Kuala Lipis dan sebaliknya pula, perkhidmatan ini akan mula dan tamat dari Stesen Tanah Merah,” katanya.

"Selain itu menurutnya, bagi perkhidmatan tren shuttle nombor 53 dan 58 (Tumpat – Gua Musang – Tumpat), perkhidmatan ini akan mula dan tamat dari Stesen Tanah Merah.

“Perkhidmatan tren shuttle 34, 35, 36, 37, 50 dan 59 bagi laluan Gua Musang – Kuala Lipis – Gemas dan sebaliknya, ia beroperasi seperti biasa. Tiada perkhidmatan bas akan disediakan dari Tanah Merah ke Tumpat dan sebaliknya,” katanya.

Para penumpang yang tidak mahu meneruskan perjalanan boleh membuat pembatalan tiket dan mendapatkan pemulangan tambang mengikut syarat dan terma yang telah ditetapkan.

“Sebarang pindaan operasi tren dan perkembangan terkini akan dimaklumkan dari semasa ke semasa bergantung kepada keadaan cuaca dan paras air sungai di sektor Pantai Timur,” katanya.'

Maklumat lanjut boleh didapati dengan menghubungi pusat panggilan KTMB (03-2267 1200), atau menerusi laman web https://www.ktmb.com.my/. 

Sumber: Kosmo

Berita Berkenaan

Informasi
  Perkhidmatan ETS menawarkan 1.8 juta tiket bagi tempoh 1 Jan hingga 30 Jun 2023 manakala…