Banjir - KPDNHEP, Petronas sedia stesen minyak bergerak di Lipis

oleh SALINA JALIL|
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) dengan kerjasama Petronas dan Pejabat Daerah Lipis, menyediakan sebuah trak perkhidmatan mengisi minyak bergerak, Petronas ROVR bagi membantu mangsa banjir mendapatkan bekalan petrol.


Menteri, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi, berkata ROVR berkapasiti 3,000 liter itu menyediakan petrol Petronas Primax 95 dan ditempatkan di Terminal Anggerik, Bandar Baru Kuala Lipis kira-kira 220 kilometer dari sini, beroperasi dari 8 pagi hingga 5 petang setiap hari.
Modenas

 

Buat masa ini pembayaran hanya boleh dibuat menggunakan kad debit atau kredit.

 

"Stesen minyak bergerak ini masih boleh beroperasi walaupun tiada bekalan elektrik dan akan terus ditempatkan di sini sehingga perkhidmatan stesen minyak yang terjejas di bandar Kuala Lipis, kembali beroperasi.

 

"Kami harap inisiatif menyediakan perkhidmatan ini memberi kelegaan kepada penduduk, agensi dan jabatan kerajaan serta sukarelawan, yang memerlukan bekalan petrol dalam urusan seharian, termasuk bagi membantu mangsa banjir," katanya menerusi kenyataan di sini, hari ini.

 

Nanta berkata inisiatif menyediakan stesen minyak bergerak itu dibuat, selepas pihaknya difahamkan semua lima stesen minyak di bandar Kuala Lipis tidak dapat beroperasi akibat banjir, sejak Isnin lalu.

 

Stesen minyak terdekat yang terselamat daripada banjir terletak kira-kira 30 kilometer dari situ, sekali gus menyukarkan pengguna mendapatkan bekalan bahan api.

 

"KPDNHEP juga sedang berbincang dengan Petronas dalam usaha kami memperluaskan perkhidmatan stesen minyak bergerak di kawasan dan negeri lain yang turut terjejas banjir," katanya.

 

Sementara itu, Petronas Dagangan Berhad dalam kenyataannya memaklumkan ROVR itu, turut digunakan bagi membantu mangsa banjir di Johor.

 

 

 

– BERNAMA

Berita Berkenaan

Berita Domestik
  Ketua Pegawai Penguatkuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP…
Berita Domestik
  "Masyarakat menyalahkan Kementerian Pengangkutan (MOT) berhubung penjualan ekzos yang diubah…
Berita Domestik
  "Kita menerima banyak aduan mengenai industri bengkel. Jadi kita bercadang untuk mendaftarkan…