Banjir kilat di Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang

oleh Penyumbang Rencana|
gambar dari Facebook Emily Ismail/PenangToday Community
Tular di media sosial menyaksikan balai ketibaan di Lapangan TErbang Antarabangsa Pulau Pinang (LTAPP) di Bayan Lepas dilanda banjir kilat susulan hujan lebat awal pagi Sabtu.


Walau bagaimanapun kerja-kerja pembersihan telah dijalankan sebaik banjir surut tidak lama kemudian.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01

 

Dalam video tersebut, pintu masuk di bahagian balai ketibaan dinaiki air separas buku lali. 


Astro Awani turut melaporkan bahawa beberapa penerbangan dari Subang, Langkawi dan Kuala Namu, Sumatera Utara telah dilencongkan berikutan cuaca buruk di kawasan LTAPP.


Kenneth Tan, Pengurus Bahagian Hubungan Kerajaan Air Asia (Utara) ketika dihubungi telah menjelaskan bahawa tiada penerbangan Air Asia ditunda susulan banjir kilat yang melanda kawasan itu.


Kejadian banjir kilat di LTAPP bukan kali pertama berlaku dan jika tidak diatas segera, ia bakal menjejaskan sektor pelancongan negeri serta imej negeri Pulau Pinang sendiri.


Kenneth turut menggesa kerajaan negeri dan pihak berkaitan menubuhkan satu jawatankuasa bagi memantau kejadian banjir kilat di LTAPP dan mengambil tindakan segera.


Sejak kebelakangan ini hujan lebat berlaku hampir setiap hari di serata negara, dan di Pulau Pinang hujan lebat berlaku hampir dua jam pagi tadi (Sabtu) dan menyebabkan beberapa kawasan di negeri itu dilanda banjir kilat.


Antara kawasan yang terlibat adalah di Bayan Lepas, Bayan Baru dan Bukit Jambul.

 

 

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata bagi tempoh itu pihaknya menerima…
Berita Domestik
Ketika sedang bertugas anggota Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur itu…
Berita Domestik
Menurut notis Pusat Ramalan dan Amaran Banjir Negara (PRABN) Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS)…