Banjir: JPJ ganti percuma dokumen kenderaan, lesen memandu hilang dan rosak

oleh SALINA JALIL|
Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan menggantikan secara percuma dokumen pemilikan kenderaan dan lesen memandu milik mangsa bencana berkenaan yang hilang atau rosak.


Inisiatif itu berkuat kuasa serta-merta sehingga 15 April depan, adalah antara langkah jabatan berkenaan untuk membantu masyarakat yang terkesan dengan bencana yang memberi impak ketara dari segi kesengsaraan ekonomi.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

 

Dalam satu kenyataan hari ini, JPJ memaklumkan, dokumen berkenaan seperti Lesen Kenderaan Motor (LKM), Lesen Memandu Malaysia (LMM) atau Sijil Pemilikan Kenderaan (VOC).

 

"Pemilik dokumen perlulah hadir sendiri dengan membawa dokumen yang rosak untuk mendapatkan salinan gantian.

 

"Bagi dokumen yang musnah atau hilang, pemilik perlulah membuat laporan polis dan mengemukakan laporan polis itu sebagai bukti kehilangan bagi mendapatkan gantian dokumen baharu," kata agensi berkenaan.

 

Bagi memudahkan urusan masyarakat, JPJ memaklumkan, unit bergerak jabatan itu akan ditempatkan di kawasan terpilih, khususnya di pusat pemindahan sementara (PPS).

 

Sehubungan itu, katanya, penduduk setempat boleh mendapatkan perkhidmatan JPJ dengan lebih dekat, mudah dan selamat.

 

"Dalam menyokong usaha kerajaan menangani fenomena banjir, JPJ di seluruh negara diarah melaporkan kesiapsiagaan dalam menghulurkan bantuan berbentuk tenaga, sumber manusia atau gerakan aset kenderaan sekiranya bersesuaian.

 

"JPJ amat prihatin terhadap masyarakat yang terkesan dengan bencana banjir di beberapa negeri di Semenanjung. JPJ dan warga kerjanya mendoakan semua mangsa banjir diberikan keselamatan dan dipermudahkan segala urusan," katanya.

 

Seiring situasi banjir yang masih berlarutan di beberapa negeri ketika ini, JPJ turut mengambil pendekatan memberi kelonggaran terhadap aspek penguatkuasaan.

 

Katanya, ia mencakupi mana-mana kenderaan perdagangan atau individu yang terbabit dalam operasi menyelamat dan membawa bekalan bantuan ke PPS, bilik gerakan banjir sehingga keadaan kembali reda serta terkawal.

 

 

 

 

Berita Harian

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Pemandu bas berusia 51 tahun itu dalam aduannya mendakwa dia diarahkan memberhentikan basnya di…
Informasi
VOC mula diperkenalkan pada 2016 oleh JPJ bagi menggantikan Kad Pendaftaran Kenderaan atau…
Berita Domestik
Pada Isnin, HeiTech Padu menerima surat lantikan daripada JPJ membabitkan tender bernilai RM190.01…