Banjir: Honda Malaysia umum diskaun 25 peratus alat ganti

oleh Mohamad Hanif|
Honda Malaysia hari ini mengumumkan Program Bantuan Banjir bagi membantu para pelanggannya yang terjejas akibat bencana banjir yang melanda tempoh hari.

Di bawah program ini, para pelanggan ditawarkan diskaun sehingga 25 peratus untuk alat ganti tulen dan ianya sah bermula sekarang sehingga 31 Januari 2022.

Pelanggan yang terjejas dinasihatkan untuk mengunjungi mana-mana pengedar sah Honda untuk proses penilaian dan pemeriksaan.

Para pelanggan Honda yang menyertai Honda Insurance Plus (HiP) boleh menikmati pemeriksaan percuma bagi memastikan kenderaan mereka masih lagi berada dalam kondisi baik dan selamat untuk dipandu.

Selain menawarkan perkhidmatan tunda percuma ke pusat pengedar sah Honda yang berhampiran, pelanggan HiP juga layak untuk mendapat elaun banjir sehingga RM1,500.

Dalam masa yang sama, Honda Malaysia sedang bekerjasama dengan syarikat insurans untuk mempercepatkan proses tuntutan bagi pelanggan yang terjejas.

Program Honda Insurance Plus menekankan tiga tiang utama - Rescue (menyelamat), Protection (perlindungan) dan Savings (penjimatan), selari dengan komitmen Honda Malaysia dalam menawarkan ketenangan minda dan perlindungan terhadap pemilik kenderaan Honda menerusi perlindungan yang menyeluruh.

Menurut Pengarah Urusan dan CEO Honda Malaysia, Madoka Chujo berkata, "Kami berasa amat sedih dengan insiden bencana yang melanda beberapa negeri di Malaysia, mengakibatkan ramai terpaksa dipindahkan daripada rumah sendiri, selain menyebabkan kerosakan yang ketara terhadap harta benda dan kenderaan.

"Kami berharap dengan program bantuan banjir ini dapat meringankan lagi beban pelanggan kami."

 

Berita Berkenaan

Informasi
  "Itu setakat dua minggu lepas. Sekarang bila banjir sudah surut, kita akan lakukan sekali lagi…
Berita Domestik
  "Saya berharap peruntukan khas bagi pembaikan jalan persekutuan iaitu Lebuhraya Pasir Gudang dan…
Informasi
  "Saya menyeru kepada semua pengguna jalan raya agar sentiasa mematuhi arahan papan tanda yang…