Banjir: ETCM umum bantuan khas untuk pemilik Nissan

oleh Mohamad Hanif|
Edaran Tan Chong Motor Sdn Bhd (ETCM) bersama-sama Tan Chong Ekspress Auto Servis Sdn Bhd (TCEAS) mengumumkan program Bantuan Bencana Banjir Nissan buat para pelanggannya yang terjejas akibat banjir kilat yang melanda baru-baru ini.
CHERY Omoda 5 MREC Banner Campaign March 2025

Program khas ini menawarkan bantuan berbentuk:

  • diskaun 20 peratus ke atas alat ganti tulen dan kos upah
  • restorasi upholsteri khas untuk sedan bernilai RM1,655, serta pakej bernilai RM1,988 untuk MPV, SUV, trak pikap dan van
  • Pelan Pembayaran Semula Mudah (EPP) sehingga 12 bulan
  • Jaminan enam bulan atau jarak perbatuan 10,000 km untuk penggantian alat ganti tulen.

Selain itu, ETCM turut menawarkan khidmat tunda secara percuma (tertakluk kepada terma dan syarat), serta perkhidmatan Collect & Deliver untuk servis penyelenggaraan pada hujung minggu.

Para pelanggan Nissan boleh menghubungi talian Nissan Customer Care Centre Hotline di 1800-88-3838 untuk maklumat lanjut.

Berita Berkenaan

Informasi
"Yang paling penting buat masa ini semua jalan tersebut masih boleh dilalui kenderaan termasuk…
Informasi
Orang ramai dinasihat menggunakan laluan alternatif lain dan tidak bertindak meredah air banjir…
Informasi
Setakat ini, usaha pemulihan kawasan terjejas berjalan lancar dan tidak menolak kemungkinan kembali…