Banjir di Terengganu: 10 jalan di Kuala Berang ditutup

oleh Penyumbang Rencana|
Sepuluh jalan di daerah Kuala Berang ditutup kepada semua kenderaan selepas tenggelam akibat banjir.

Ia membabitkan laluan sejauh 100 meter (m) di Jalan Kampung Lubuk Periuk-Kampung Felda Mengkawang yang ditutup untuk kenderaan ringan, laluan sejauh 300m di Jalan Kampung Pengkalan Ajal pula ditutup kepada semua kenderaan.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Bagi Jalan Kampung Jak, laluan sejauh 350m ditutup kepada semua kenderaan, begitu juga Jalan Kampung Felcra Pasir Pelata membabitkan laluan 200m dan laluan 200m di Jalan Kampung Nibong serta laluan 200m di Jalan Kampung Bukit Tadok-Kg Paloh Nyior.

Laluan lain ditutup kepada semua kenderaan sejauh 150m di Jalan Kampung Pereh-Menerong, sejauh 100m di Jalan Kampung Felcra Bentong, laluan 30m di Jalan Kampung Kua–Pengkalan Ajal.

Sementara itu, laluan sejauh 250m di Jalan Kampung Paya Besar ditutup kepada kenderaan ringan, manakala Jalan Kampung Batu 24, membabitkan laluan sejauh 250m ditutup kepada semua kenderaan.

Pemangku Ketua Polis Daerah Hulu Terengganu, Asisten Superintendan Raja Saripah Robiah Raja Sulaiman, ketika memaklumkan senarai laluan ditutup, berkata 13 kampung terjejas banjir ketika ini yang menyaksikan 13 pusat pemindahan sementara (PPS).

"Pusat berkenaan ialah PPS Kampung Pangkalan Ajal, PPS PPSK Felcra Gunung Menerong, PPS Balai Raya Kampung Durian Kassim, PPS Kampung Landas, PPS Kampung Kemat, Surau Kampung Lubuk Batu dan Dewan Kampung Kepah," katanya.

Selain itu, PPS Paya Besar, PPS Kampung Peneh, PPS Lubok Periuk, PPS Dewan Terbuka Felcra Insitu Hulu Berang, PPS OKB Batu 23 dan PPS Kampung Menerong.

 

Berita Harian

Berita Berkenaan

Berita Global
Jurucakap lapangan terbang itu memaklumkan kejadian ribut yang luar biasa menyebabkan operasi di…
Informasi
Sejarah sebalik jambatan ini adalah ia hasil inovasi seorang jurutera tentera British semasa Perang…
Berita Domestik
Ketua Penerangan Dewan Pemuda Pas Pahang, Ahmad Azlan Abu Bakar berkata, rakyat cukup sengsara…