Banjir: Cycle & Carriage tawar diskaun 25 peratus, pelan pembayaran ansuran sifar faedah

oleh Mohamad Hanif|
Cycle & Carriage baru-baru ini mengumumkan bantuan Flood Relief Assistance kepada pelanggan Mercedes-Benz yang terjejas akibat banjir kilat.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Bantuan tersebut merangkumi diskaun 25 peratus terhadap jumlah keseluruhan kos pembaikan kenderaan yang terjejas, kos tundaan kenderaan percuma, penilaian kos pembaikan percuma, serta pelan ansuran dengan kadar faedah sifar peratus terhadap kos pembaikan.

Menurut CEO Cycle & Carriage, Wilfrid Foo berkata, "kami sedar kesukaran yang dialami oleh para pelanggan kami dalam situasi yang tidak dijangka ini. Kami berharap dengan bantuan ini mampu meringankan beban pelanggan kami yang terjejas akibat banjir ini.
 

GLE


Pusat pameran Cycle & Carriage akan sentiasa dibuka kepada para pelanggan untuk membuat temujanji pemeriksaaan dan pembaikan kenderaan.

Maklumat lanjut boleh didapati menerusi laman web https://www.ccb.mercedes-benz.com.my atau https://www.facebook.com/cyclecarriagemy/, atau dengan menghubungi talian khidmat pelanggan Cycle & Carriage di 1-800-22-8000.

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Dalam usahanya menyediakan pengalaman yang mampan kapad pelanggan, pekerja dan komuniti Cycle…
Berita Domestik
Seperti kebanyakan negara di peringkat global, Malaysia turut menyaksikan peningkatan minat…
Berita Domestik
Jenama itu bersatu untuk menjadi tuan rumah Pengembaraan Kenderaan Elektrik (EV) pertama di…