Banjir: BMW Malaysia umum diskaun 20 peratus, rebat kos tunda RM300

oleh Mohamad Hanif|
BMW Group Malaysia hari ini mengumumkan penurunan kos sebanyak 20 peratus untuk pembaikan komponen jentera BMW, MINI dan BMW Motorrad yang terjejas akibat bencana banjir.

Selain itu, terdapat juga rebat sehingga RM300 bagi kos tunda buat para pemilik yang terjejas.

Penawaran penurunan kos dan rebat kos tunda ini sah sehingga 31 Januari 2022.

Para pemilik digalakkan untuk menghubungi pusat pengedar pilihan masing-masing, menghubungi sendiri BMW Roadside Assistance, atau Pusat Interaksi Pelanggan di 1 800 88 3000.

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Program ini bertujuan untuk menyediakan kerusi kereta kanak-kanak bersubsidi penuh khusus untuk ibu…
Berita Domestik
Pusat bertaraf 4S (Jualan, Servis, Alat Ganti dan Sistem) itu bakal menempatkan portfolio jenama…
Berita Domestik
Kedua-dua fasiliti tersebut menampilkan outlet berkembar pengecasan pantas DC dengan keupayaan…