Banjir: Abang Viva tidak tolak pemberian kereta, cuma...

oleh Mohamad Hanif|
Berita berkenaan usaha seorang anak muda dari Melaka, Azwan Omar berbekalkan sebuah Perodua Viva, bot angin dan wang saku RM50 untuk membantu mangsa banjir ternyata mencuri tumpuan netizen.

Kebaikannya terus dikenang, sehinggakan ada pihak yang sanggup untuk menghadiahkan sebuah kereta untuk kegunaan beliau.

Memetik laporan daripada laman Getaran.my, Azwan menjelaskan beliau masih berada dalam keadaan dilema.

“Saya pun tak tahu, banyak kena ambil kira. Dengan maintenance, road tax, minyak lagi. Saya pun bukan orang senang nak pakai sampai dua kereta. Saya pakai Viva ni pun dah paras-paras hidung dah ni.

“InsyaAllah saya akan pertimbangkan sebab pemberian orang tak elok juga tolak mentah-mentah. Tapi itulah, amanah orang pada saya akan jadi lebih besar. Saya takut saya tak boleh buat lebih lagi,” katanya.
 

Abang Viva


Pada masa sama, Azwan turut menghargai sumbangan orang ramai kepadanya sebaik sahaja kisahnya tular di media sosial.

“Duit sumbangan orang ramai memang saya tak nak terima, tapi mereka minta saya ambil buat belanja makan, minum dan beli minyak kereta dan juga bot.

“Saya amat hargai tapi saya tolong seikhlas hati. Jadi sumbangan itu saya akan salurkan semula kepada mangsa banjir,” katanya.

Azwan yang bekerja sebagai operator mesin itu berkemungkinan akan menyambung cuti sekiranya situasi banjir di Pahang masih belum pulih sepenuhnya.

Berita penuh di Getaran.my

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
  Menurutnya, setakat ini tiada laporan polis diterima berkaitan kejadian itu.   "Konvoi enam…
Berita Domestik
  Menurutnya, pembelian bot amfibia tersebut antara perancangan di bawah peruntukan RM47 juta yang…
Berita Domestik
Menurut kenyataan terbaharu yang dikeluarkan, aturan operasi perkhidmatan tren KTM Intercity bagi…