Banjir: 68 laluan bas Rapid KL masih belum boleh beroperasi

oleh Mohamad Hanif|
Pengendali rangkaian pengkhidmatan Rapid KL memaklumkan kesemua operasi 68 laluan bas di sekitar Lembah Klang masih belum boleh beroperasi.
NISSAN MREC Banner Campaign Mar

Pihak Rapid Bus Sdn Bhd pada ketika ini sedang giat berusaha untuk memulihkan keadaan Depoh Operasi di Shah Alam yang memerlukan kerja-kerja pembaikan, dan pemeriksaan bas yang terjejas akibat banjir.

Pada ketika ini, operasi perkhidmatan Bas Rapid Transit (BRT) dan perkhidmatan rel Rapid KL masih lagi beroperasi seperti biasa.

Pihak Prasarana juga turut membuka sebuah pusat perlindungan sementara di Stesen LRT Putra Heights bagi menempatkan mangsa-mangsa banjir yang tinggal di sekitar kawasan tersebut.

Maklumat terbaharu berhubung status operasi perkhidmatan bas Rapid KL boleh didapati di laman media sosial Rapid KL dan akan dikemaskini bagi memudahkan para penumpang merancang perjalanan.

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Kejadian yang berlaku sekitar jam 7.50 pm tadi telah mengakibatkan beberapa fasiliti seperti lif,…
Berita Domestik
Merujuk kepada pengumuman di laman Twitter, pihak Rapid KL kini mengaktifkan perkhidmatan tren…
Berita Domestik
Rapid Bus telah mendapat kerjasama daripada Smart Selangor dan Mara Liner, di mana masing-masing…