Banjir - 12 laluan di Selangor masih ditutup (setakat pagi ini)

oleh SALINA JALIL|
gambar hiasan
Polis Selangor melaporkan sebanyak 12 laluan jalan raya di seluruh negeri ini yang dinaiki air, ditutup kepada kenderaan, hari ini.


Jumlah penutupan jalan susulan banjir sejak Sabtu lalu itu semakin menurun, berbanding 71 jalan ditutup pada hari kedua banjir, Ahad lalu.

 

Menurut Polis Selangor, dua laluan masing-masing di dua kawasan pentadbiran ibu pejabat polis daerah (IPD) iaitu IPD Petaling Jaya dan IPD Kuala Selangor ditutup kepada kenderaan sehingga 4 pagi ini.

 

"Di kawasan pentadbiran IPD Petaling Jaya, lalu yang ditutup kepada kenderaan adalah Jambatan Jalan Menghala ke Lapang Sasar, Subang serta Jalan PJU 7, Hadapan MRT, Mutiara Damansara.

"Bagi IPD Kuala Selangor pula, laluan yang ditutup adalah Jalan Kuala Selangor – Meru dan Jalan Kuala Selangor – Bestari Jaya," katanya.

 

Sementara itu, hanya satu laluan ditutup masing-masing di lapan kawasan pentadbiran IPD lain, antaranya IPD Shah Alam di Jalan Jitu, Seksyen 25, Shah Alam, manakala IPD Kuala Langat pula, Jalan Olak Lempit ke KLIA.

 

Bagi kawasan IPD Sepang pula, Jambatan FT 31 Dengkil - Banting ditutup kepada kenderaan dan IPD KLIA membabitkan Jalan bulatan Masjid KLIA menghala Charterfield KLIA.

 

Satu laluan yang ditutup di IPD Subang Jaya adalah Lorong Ikan Haruan, Kg Bukit Lanchong, Putra Heights, manakala Jalan BRP 7/2 Bukit Rahman Putra di bawah IPD Sungai Buloh.

 

Di bawah kawasan pentadbiran IPD Sabak Bernam pula, penutupan jalan di Jalan Sungai Panjang - Tanjung Malim.

 

Bagi IPD Hulu Selangor, Jalan Kuala Kubu Bharu - Bukit Fraser menghala ke Peretak dibuka untuk kenderaan ringan sahaja.

 

 

Harian Metro

Berita Berkenaan

Informasi
  Di sebalik peningkatan agak kecil dalam kalangan pemilik kenderaan yang membeli perlindungan…
Berita Global
Nampaknya, 'kembar jauh' Myvi berjaya ditemukan di Miami di mana sebuah Chevrolet Corvette Stingray…
Informasi
Disebabkan itu, pihak berkuasa Jepun mengambil inisiatif untuk membina sebuah struktur gergasi…