Bangkok Motor Show 2020 berjaya tarik 1 juta pengunjung!

oleh Mohamad Hanif|
Walaupun keadaan dunia masih lagi belum pulih daripada wabak COVID-19, acara tahunan Bangkok International Motor Show 2020 berjaya menarik kira-kira 1 juta pengunjung sepanjang tempoh dua minggu berlangsung.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Thailand mencatatkan rekod sebagai negara pertama yang berjaya menganjurkan pameran automotif setelah beberapa acara bertaraf global dibatalkan akibat wabak COVID-19 seperti di Geneva International Motor Show, North American International Auto Show, Auto China, dan International Motor Show Germany.

Pihak penganjur Bangkok International Motor Show turut dipuji kerana menyediakan langkah yang sewajarnya ketika menyambut kehadiran pengunjung, seperti proses pengesahan suhu serta menyediakan pintu masuk dan keluar yang berasingan.

 


Sepanjang acara tersebut berlangsung, pihak penganjur berjaya memperoleh sebanyak 22,791 unit tempahan kereta baharu, di mana majoritinya adalah model SUV dan MPV, manakala 4,410 unit adalah daripada segmen motosikal.

Toyota mendahului senarai dengan 3,745 unit tempahan diikuti Mazda (2,365 unit) dan Honda (2,001 unit) manakala segmen kenderaan premium pula menyaksikan BMW berjaya memperoleh 888 unit tempahan.

Sementara untuk segmen motosikal pula, Honda berjaya mencatatkan tempahan sebanyak 1,545 unit, diikuti Yamaha (1,387 unit), dan Kawasaki (446 unit).

Berita Berkenaan

Berita Global
Tahun ini, selain dari menjadi pentas persaingan antara jenama-jenama China yang mengusung model-…