Bandung: Banyak bas ekspres rosak, tidak layak diguna pakai untuk pulang beraya

oleh SALINA JALIL|
gambar hiasan
Pihak berkuasa Bandung menerusi Jabatan Perhubungan Pengangkutan Kelamatan terhadap sejumlah bas ekspres yang akan digunakan untuk membawa masyarakat pulang beraya ke kampung halaman pada Aidilfitri tahun ini.


Langkah itu bertujuan memastikan semua bas dalam keadaan baik sebelum melakukan perjalanan.

 

Pemangku Ketua Divisi Keselamatan Pengangkutan di jabatan tersebut, Asep Kuswara berkata, berdasarkan pemeriksaan awal terhadap 20 bas ekspres, hanya dua sahaja yang layak untuk melakukan perjalanan.

 

“Hal ini kerana banyak bas tidak beroperasi sejak larangan pulang ke kampung ditangguh buat sementara waktu dua tahun lalu susulan pandemik Covid-19.

 

“Sebagai contoh, banyak masalah berlaku melibatkan pengelap cermin depan. Biarpun tampak remeh, namun alat itu amat diperlukan ketika hujan, selain terdapat juga masalah pada lampu isyarat.

 

“Kesemua aspek perlu diteliti bagi memastikan bas mampu melakukan perjalanan kerana sekecil-kecil masalah boleh menyebabkan musibah yang tidak diingini,” katanya seperti yang dilapor CNN Indonesia.

 

Selain itu, beliau juga menganggarkan jumlah masyarakat yang pulang ke kampung pada Aidilfitri ini bertambah tiga kali ganda berbanding 2019.

 

Sehubungan itu, Jabatan Perhubungan Pengangkutan bandung menyiapkan sebanyak 7,000 bas ekspres.

 

“Sebanyak 7,000 bas akan digunakan untuk masyarakat pulang ke kampung pada tahun ini.” ujarnya.

 

Sementara itu, Asep turut mengingatkan masyarakat supaya tidak ‘terlalu gembira’ untuk pulang ke kampung sehingga lupa protokol kesihatan yang masih perlu dipatuhi bagi mengawal penularan Covid-19.

 

 

Berita Berkenaan

Informasi
  Suasana di stesen bas itu juga dilihat meriah dengan orang ramai mula pulang ke kampung halaman…
Berita Domestik
Majlis penyerahan tersebut di buat Batu Kawan, Pulau Pinang di mana Super Nice telah menandatangani…
Berita Domestik
  Operasi tersebut yang menyasarkan bas ekspres telah berlangsung selama enam jam bermula kira-…