Bandar San Carlos larang guna fullface

oleh Firdaus Razani|
Datuk Bandar San Carlos, sebuah bandar di Filipina telah melarang pengguna motosikal di sana dari menggunakan topi keledar bertutup sepenuhnya atau fullface.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Menurut laporan minggu lalu, pengguna motosikal hanya dibenarkan menggunakan topi keledar jenis terbuka (open face) dalam usaha untuk membanteras jenayah yang menggunakan motosikal.

Namun begitu, mereka yang mahu menunggang keluar dari bandar itu dibenarkan menggunakan topi keledar fullface.

Selain dari itu, halaju dalam kawasan bandar juga telah diturunkan kepada 40kmsj sahaja.

Malaysia pernah melarang menggunakan topi keledar bertutup sepenuhnya atas sebab yang sama tetapi oleh kerana kadar kemalangan maut yang tinggi di kalangan penunggang motosikal, undang-undang itu sudah tidak dikuatkuasakan.

 

Laporan penuh di Visor Down