Bandar Foshan, China tawar subsidi RM3,000 kepada pemilik kereta baru

oleh Mohamad Hanif|
Bandar Foshan yang terletak di Wilayah Guandong, China kini mengumumkan polisi baharu bagi merancakkan lagi industri automotif yang terjejas akibat Covid-19 (coronavirus) yang melanda China pada ketika ini.

Menurut satu dokumen garis panduan yang ditandatangani pada 29 Januari yang lalu, kerajaan tempatan akan memberikan subsidi 2,000 yuan (RM1,186) sehingga 5,000 yuan (RM2,966) untuk setiap kereta baharu yang dijual di dalam  bandar tersebut. 

Antara syarat yang perlu dipenuhi adalah setiap kenderaan baharu yang dibeli tersebut perlulah mematuhi peraturan emisi China VI. 

Kerajaan juga turut menawarkan tambahan sehingga 5,000 yuan untuk setiap kenderaan sekiranya penduduk tempatan membeli sekurang-kurangnya lima buah bas atau trak tugasan sederhana/berat, dengan harga setiap satu tidak kurang daripada 500,000 yuan (RM296,621).

Secara realitinya, industri automotif merupakan salah satu cabang yang terjejas teruk semenjak wabak coronavirus (Covid-19) melanda.

Menurut salah seorang pemerhati industri, "tiada sebarang jualan kenderaan dicatatkan pada bulan Februari, dan mungkin jumlah jualan sepanjang tahun akan menurun paling kurang 10 peratus.

Add new comment

Careta Ad