Baltasar Revolt - EV khusus untuk menikmati pemanduan di litar, 500 hp, 0-100 2.5 saat!

oleh Mohamad Hanif|
Jenama automotif Baltasar mungkin tidak ramai yang pernah mendengarnya, namun jenama yang berasal dari timur selatan Sepanyol itu baru-baru ini memperlihatkan sebuah jentera litar berkuasa elektrik sepenuhnya, dinamakan sebagai Revolt.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Baltasar Revolt merupakan sebuah kenderaan elektrik (EV) dengan sistem pacuan roda belakang, dan disebabkan binaan casis yang diperbuat daripada gentian karbon, Revolt memiliki berat sekitar 770 kg sahaja!

 


Motor elektrik tunggal memiliki output 500 kuasa kuda, dan gandingan bersama casis yang ringan itu membolehkan Revolt memecut sepantas 2.5 saat dari pegun ke 100 km/j.

Ruang kabin menampilkan roda stereng yang boleh dicabut, tempat duduk jenis bucket daripada gentian karbon, serta skrin kecil yang memaparkan hanya informasi asas pada papan pemuka.

 


Boleh dikatakan hampir kesemua aspek pada Revolt dibina sendiri sepenuhnya, kecuali sistem pek bateri berkuasa 700 voltan (berat sekitar 250 kg) yang diperoleh daripada pembuat bateri berprestasi tinggi Millor.

Sistem ini turut menyokong pengecasan pantas yang membenarkan anda mendapat jarak pergerakan sejauh 100 km dalam tempoh lima minit sahaja.

 


Walaupun dihasilkan khusus untuk kegunaan litar, Revolt juga sebenarnya boleh dipandu di atas jalan raya biasa, walaupun tanpa sebarang ciri-ciri yang mendatangkan keselesaan seperti kereta biasa.

Untuk mengecas Revolt, anda perlu menyambungkan wayar pengecasan kepada slot yang boleh didapati pada papan pemuka, betul-betul di hadapan ruang penumpang hadapan....