Baling objek ke arah kereta, 4 remaja ditahan

oleh Penyumbang Rencana|
gambar hiasan
Empat remaja lelaki ditahan selepas disyaki terbabit dalam kejadian membaling objek keras ke arah kereta bergerak di KM53, Jalan Kuala Kangsar-Gerik-Pengkalan Hulu, berhampiran Kampung Air Jada di Gerik pada Selasa.


Timbalan Ketua Polis Daerah Gerik, Deputi Superintendan Mohd Rahimi Zainol, berkata empat remaja itu berusia dalam lingkungan usia 15 hinga 17 tahun.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

 

Menurutnya, suspek yang menaiki motosikal, membaling objek keras ke arah cermin kenderaan khususnya kereta yang sedang bergerak dari arah bertentangan.

"Laporan berkaitan kejadian diterima awal pagi tadi daripada mangsa yang menggunakan laluan itu daripada arah Kota Bharu, Kelantan menghala Kuala Kangsar.

"Cermin hadapan dan sisi sebelah pemandu kenderaan mangsa pecah dalam kejadian sekitar jam 4.50 pagi tadi," katanya.

Menurutnya, tiga lagi laporan diterima berkaitan kejadian sama membabitkan kenderaan berlainan yang melalui jalan berkenaan pada waktu yang sama dengan kerugian dianggarkan kira-kira RM5,000.

"Hasil maklumat yang diperolehi, polis berjaya membuat tangkapan terhadap empat remaja lelaki itu," katanya menerusi kenyataan pada Selasa.

Menurutnya lagi, kes disiasat mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan (khianat).

 

 

Harian Metro

Berita Berkenaan

Berita Domestik
  Menurutnya, hasil siasatan awal mendapati, mereka melakukan perbuatan itu sekadar untuk…
Berita Domestik
  "Pada 4 April (semalam) tular gambar dan rakaman video di laman sesawang Facebook 'Kami Penduduk…
Berita Domestik
Ketua Polis Daerah Kubang Pasu, Superintendan Rodzi Abu Hassan berkata, sebelum kejadian satu…