Balik kampung perlu kebenaran pihak polis - Ketua Polis Negara

oleh Mohamad Hanif|
Orang ramai yang berhasrat mengadakan sebarang perjalanan antara negeri kini perlu mendapatkan kebenaran daripada pihak polis.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador berkata ia susulan Perintah Kawalan Pergerakan yang akan berkuatkuasa bermula 18 hingga 31 Mac ini.

Mereka dikehendaki menghubungi balai polis berdekatan untuk memaklumkan mengenai hasrat itu menerusi borang yang disediakan.

"Untuk mengawal pergerakan dari satu negeri ke negeri atau daerah, interstate, sebab eksesais ini amat perlu. Kita yakin ia akan dapat menyekat penularan dari satu negeri ke satu negeri.

"Apa yang perlu dibuat oleh orang ramai apabila timbul keperluan misalnya tinggal di Kuala Lumpur hendak balik ke Sarawak, dia perlu maklumkan kepada Ketua Polis Balai mengenai hasrat itu dan polis akan beri dokumen menyatakan bahawa pembawa dokumen ini telah memaklumkan kepada polis, bahawa dia perlu lakukan perjalanan ini atas sebab demikian," kata Abdul Hamid.

Borang boleh dimuat turun menerusi pautan di bawah: 

 

Sumber: Astro Awani

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Menurutnya, PLUS telah menambah baik laluan SmartLane bagi menampung peningkatan jumlah trafik pada…
Informasi
  "KTMB sudah pun menggunakan platform digital untuk penjualan tiket yang membolehkan orang ramai…
Berita Domestik
"Zaman sekarang semua orang nak cepat kejar masa dan boleh dikatakan akan (cenderung) bertindak…