Balai Polis di Jepun ini simpan koleksi lebih 17,000 brosur kereta!

oleh Mohamad Hanif|
Penulis percaya, ada di kalangan para pembaca Careta yang meminati hobi mengumpul segala macam brosur produk berkaitan automotif dan menyimpannya sebagai satu koleksi yang sangat berharga.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Di Jepun, sebuah balai polis yang terletak di Wilayah Aichi dikatakan mempunyai arkib yang menyimpan lebih daripada 17,000 brosur kenderaan yang merangkumi setiap model, tahun pembuatan, serta varian edisi terhad yang boleh didapati di Jepun.

Koleksi yang dikumpul oleh Divisyen Siasatan Trafik selama lebih 40 tahun itu sebenarnya digunakan sebagai satu rujukan bagi menyelesaikan masalah jenayah yang berlaku di sekitar kawasan tersebut.

Menurut temubual yang dijalankan oleh The Asahi Shimbun, pegawai forensik trafik Misaki Hamaguchi menjelaskan koleksi brosur tersebut dimulakan sejak tahun 1952 lagi.

Segala macam brosur dan katalog tersebut disimpan dalam fail cincin yang besar, dan ia amat berguna untuk mengesan butiran kecil yang biasanya didapati menerusi rakaman kamera keselamatan, bukti yang tertinggal di tempat kejadian atau keterangan mangsa.
 

brosur


Tambah Hamaguchi lagi, "sekiranya kami menemukan info baharu di dalam majalah atau dalam talian, kami akan segera menghubungi pengedar berhampiran (untuk mendapatkan brosur).

Disebabkan ia digunakan untuk tujuan siasatan jenayah, keadaan brosur dan katalog yang lama tidaklah seperti yang dijangkakan - kebanyakannya telah ditebuk lubang, dan ada sesetengah gambar yang telah digunting dan ditampal kembali pada kad kosong.

Namun, menurut Hamaguchi lagi, disebabkan kenderaan baharu kini ditawarkan dengan bermacam-macam aksesori, katalog dan brosur terkini disimpan dalam keadaan yang asal tanpa dipotong.

Antara koleksi yang disimpan termasuklah kenderaan khusus seperti ambulans, kereta sekolah memandu, kereta khas yang dibina (seperti Autech), serta model edisi terhad BMW 7 Series global yang hanya ada satu sahaja di dalam dunia.

 

Sumber: The Asahi Shimbun menerusi Japanese Nostalgic Car

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Satu kejutan yang menggemparkan media sosial minggu lalu dengan tersebarnya brosur produk motosikal…