Bajaj-Triumph jalin kerjasama, bakal fokus kepada motosikal bersesaran sederhana

oleh Mohamad Hanif|
Setelah dua tahun mengumumkan perancangan untuk menjalinkan hubungan, akhirnya Bajaj dan Triumph berjaya menoktahkan langkah kerjasama jangka panjang tersebut baru-baru ini (24 Januari 2020).
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Menurut perjanjian tersebut, Bajaj akan mengambil alih hak pengedaran motosikal Triumph di India dan mewakili jenama tersebut untuk pasaran yang belum pernah diterokai. 

Manakala model-model baharu yang bakal diperkenalkan di pasaran sedia ada dan pasaran baharu akan dipasarkan di bawah jenama Triumph. 

Tujuan gabungan kedua-dua syarikat ini adalah untuk memperkukuhkan lagi kedudukan dan kekuatan imej syarikat, serta memfokuskan kepada produksi motosikal bersesaran kecil dan sederhana. 

Bajaj-Triumph akan membangunkan sebuah platform baharu dengan penawaran enjin bermula dari 200 cc sehinggalah 750 cc, dengan model pertama dijadualkan bakal mendarat di pusat pameran pada tahun 2022.
 


Menurut laporan berita Triumph, mereka mensasarkan harga jualan yang mampu milik bermula dari INR 2 lakh (RM11 ribu) di beberapa pasaran termasuklah Eropah dan Amerika Utara. 

Beberapa khabar angin menyebut bahawa model pertama yang bakal hadir dari kerjasama Bajaj-Triumph ini adalah diinspirasikan daripada Bajaj Avenger 400 atau pesaing kepada Royal Enfield 500.

Beberapa pihak turut percaya bahawa kerjasama ini akan menjadi peluang untuk menghidupkan kembali projek Street Triple dan Daytona 250, serta pengenalan kepada model Bonneville bersesaran yang lebih kecil.
 

Berita Berkenaan

Berita Global
Segmen tradisional atau lebih tepat lagi motosikal berenjin pembakaran dalaman di Vietnam kini…
Berita Domestik
Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Ahmad Shukri Mat Akhir berkata, seorang suspek…
Berita Domestik
Ketua Polis Daerah Jerantut, Superitendan Azman Mat Kamis, berkata siasatan awal mendapati ketika…