Bajaj Dominar 250 - spesifikasi enjin BS-VI, ABS dua saluran, bermula dari RM9k (di India)

oleh Mohamad Hanif|
Di pasaran India, Bajaj Auto telah pun selesai melancarkan motosikal Dominar suku liter, iaitu Bajaj Dominar 250 dan semestinya diposisikan di bawah abangnya yang lebih besar, Dominar 400.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Dari segi rekaan, Dominar 250 banyak membawakan persamaan rupa luaran yang dibawakan secara terus dari model Dominar 400.

Namun, perbezaan antara kedua-dua model ini boleh dilihat menerusi spesifikasi teknikal di mana sistem suspensi fork USD yang didatangkan pada Dominar 250 memiliki saiz 37 mm (berbanding 43 mm pada Dominar 400). 
 


Set rim bersaiz 17 inci pula dibaluti dengan tayar yang lebih nipis profilnya, iaitu 100/80-17 di hadapan dan 130/70-17 di belakang. 

Sistem pemberhentian Dominar 250 terdiri daripada brek cakera 300 mm hadapan dan 230 mm di belakang serta tidak ketinggalan sistem brek anti-kunci (ABS) dua saluran sebagai ciri standard. 

 


Antara kelengkapan lain termasuklah lampu utama LED, sistem instumentasi dengan pencahayaan, sistem ekzos jenis twin-barrel dan ciri bungee strap yang diposisikan di bawah tempat duduk bagi memastikan barangan kekal kemas ketika perjalanan jauh. 

Motosikal touring suku liter ini didatangkan dengan enjin silinder tunggal bersesaran 250 cc sejukan cecair dan digandingkan dengan ciri palam pencucuh berkembar yang diperoleh daripada KTM 250 Duke, serta mematuhi peraturan pelepasan emisi BS-VI (menyamai Euro 6). 
 


Dari segi kuasa, ia mampu menjana 27 PS dan 23.5 Nm daya kilas. 

Sementara itu kapasiti tangki bahan api pula adalah sebesar 13 liter dan memiliki berat 180 kg, iaitu empat kilogram lebih ringan berbanding Dominar 400. 

Dua warna pilihan ditawarkan iaitu Canyon Red dan Vine Black dengan harga jualan bermula dari INR 1.60 lakh atau RM9,082. 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Ahmad Shukri Mat Akhir berkata, seorang suspek…
Berita Domestik
Ketua Polis Daerah Jerantut, Superitendan Azman Mat Kamis, berkata siasatan awal mendapati ketika…
Berita Domestik
Beliau berkata, penganjur program tersebut turut diminta supaya menitikberatkan pematuhan jalan…