Bajaj dengan Modenas?

oleh Careta.my|
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
Desas-desus bahawa Modenas akan menjalinkan hubungan teknikal dengan Bajaj Auto dari India sudah Careta dengar dari tahun lalu lagi. Bajaj merupakan sebuah syarikat yang menghasilkan motosikal, skuter dan beca berenjin. Bajaj mempunyai tiga buah kilang besar di India dan sebuah pusat penyelidakan di Pune. Kumpulan Bajaj bermula dari tahun 1940-an di Mumbai dan ia mula dikenali ramai apabila ia mendapat lesen untuk memasang Vespa di India. Sehingga kini, ia masih menghasilkan alatganti dan komponen untuk Vespa-Vespa lama. ktm_125cc-Bajaj-1 Dari segi teknologi, Bajaj dari awalnya menjadi rakan teknikal kepada Kawasaki di India dan kemudiannya Bajaj juga mula membangunkan motosikal untuk KTM. Bajaj juga mengeksport produk mereka ke banyak pasaran luar. Malah Kawasaki menggunakan produk Bajaj untuk beberapa pasaran mereka seperti Kawasaki Bajaj Pulsar 200 cc di India. pulsa-200ns. Umum mengetahui bahawa Modenas masih lagi tidak mampu untuk berdiri sendiri dan kebolehan R&D masih ditahap yang lemah akibat kurang pelaburan dari syarikat induknya. Jualan Modenas telah merosot teruk sehinggakan jenama dari Taiwan pun sudah jauh mengatasinya.akhirnya Modenas akhirnya mula mengorak langkah dengan menjalankan operasi pemasangan skuter moden Kymco. 047-kymco-modenas-250-2016-edited-42 Ia juga diberikan lesen untuk menjual produk jenama Kymco, walaupun pada pendapat Careta ia adalah satu perhubungan perniagaan yang memeningkan kepala. Sekiranya benar Modenas akan mendapat bantuan teknikal dari Bajaj, ini adalah berita yang baik kerana akhirnya ada sinar di sebalik jenama motosikal tempatan yang berpangkalan di Kedah itu nyata semakin kian terpinggir.