Baidu mahu guna platform SEA Geely untuk kereta elektrik pintar

oleh Mohamad Hanif|
Syarikat dari China, Baidu sedang mempertimbangkan untuk mendirikan sebuah syarikat EV pintar dengan menggunakan platform SEA daripada Geely.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Menurut laporan Reuters yang memetik sumber yang rapat dengan isu tersebut, Baidu dikatakan akan memegang majoriti besar dan kuasa mengundi mutlak di dalam syarikat baharu itu.

Sementara Geely pula akan menawarkan kemudahan fasiliti sedia ada untuk membangunkan EV baharu Baidu, sementara input perisian pula disumbangkan oleh Baidu.

Difahamkan, platform SEA (Sustainable Experience Architecture) akan digunakan bagi membangunkan EV baharu ini, walaupun kedua-dua pihak (Baidu atau Geely) tidak memberikan sebarang pengesahan berhubung maklumat tersebut.

Tidak menghairankan apabila Baidu ingin tampil dengan produk EV yang tersendiri, memandangkan ia kini sudah menjadi satu trend di kalangan syarikat-syarikat besar seperti Apple, Alibaba, Didi Chuxing, Sony, Tencent, Amazon dan Alphabet.

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Geely nampaknya mempunyai sebuah lagi jenama EV yang disasarkan supaya dapat bersaing secara sihat…
Berita Global
Mungkin nampak sekali imbas macam sebuah van tradisional, namun Apollo RT6 mampu menawarkan…
Berita Global
Antara syarikat lain yang sudah memulakan operasi teksi swapandu di sana ialah Didi Chuxing. Pada…