BAIC X55 rasmi di Malaysia - 188Ps, 305Nm, harga anggaran dari RM120,000

oleh Firdaus Razani|
Salah satu jenama terkemuka dari China, BAIC Automotive Group Co Ltd atau dikenali sebagai BAIC baharu sahaja melancarkan sebuah SUV kompak segmen-C, X55 untuk pasaran Malaysia.

Untuk pasaran Malaysia, BAIC X55 ditawarkan dengan dua pilihan varian, iaitu Standard dan Premium.

Dari segi reka bentuk, ia menampilkan unit pencahayaan lampu hadapan LED yang dipadankan dengan reka bentuk gril dengan corak yang kearah seperti moden futuristik.

 

baic

 

Manakala bagi pencahayaan belakang, ia turut didatangkan dengan lampu belakang jenis LED dengan emblem perkataan ‘BEIJING’ yang menandakan asal usul penubuan BAIC.

 

baic

 

Secara keseluruhan, BAIC X55 dibina dengan reka bentuk yang nampak futuristik moden dengan berukuran dimensi 4620 mm panjang, 1886 mm lebar dan 1680 mm tinggi.

 

baic

 

Untuk trenkuasa, ia menampilkan enjin petrol 1.5TD (turbo direct-injection) empat silinder dengan teknologi VGT yang dipadankan dengan kotak gear DCT tujuh-kelajuan yang dibangunkan sendiri.

Dengan gabungan ini, ia mampu menghasilkan kuasa output sehingga 188 PS dan tork 305 Nm dan kedua-dua varian adalah sama kuasa output mereka.

 

baic

 

Menurut BAIC, trenkuasa X55 telah diiktiraf dengan Anugerah 10 Trenkuasa Terbaik di China, dengan penggunaan bahan api WLTC hanya 7.18 L/100 km, menawarkan kedua-dua dengan kuasa dan kecekapan bahan api.

Bagi ruang dalaman, seperti kebanyakkan kereta yang berada dipasaran ketika ini, untuk bahagian konsol tengah ia hadir dengan paparan infotainment bersaiz 10 inci.

 

baic

 

Sama seperti paparan infotainmen, paparan klustermeter X55 ini turut tampil dengan saiz 10 inci, yang beri visual jelas kepada pemandu.

Ciri-ciri lainnya, Bagi X55 Premium, ia menampilkan cahaya ambien yang memberi rasa lebih eksklusif yang disertakan dengan material kerusi tempat duduk kulit yang menambahkan lagi perasaan mewah itu.

 

baic

 

Untuk ketika ini, tanda harga rasmi masih belum diumumkan bagi model X55 ini, namun, harga yang dianggarkan untuk pasaran Malaysia adalah bermula dari RM120,000 hingga lebih RM140,000.

Berita Berkenaan

Model Terbaharu
Untuk pasaran Malaysia, BAIC BJ40 Plus hanya ditawarkan dengan satu varian sahaja. Dari segi reka…
Berita Global
Seperti biasa, spesifikasi ringkas EV pertama Xiaomi itu kini tersedia menerusi laman web…
Berita Global
Polestones Automobiles, sebuah jenama baharu yang diwujudkan oleh BAIC telah mendedahkan secara…