BAIC BJ40 Plus rasmi di Malaysia - 224Ps, 380Nm, harga anggaran dari RM180,000

oleh Firdaus Razani|
Selain daripada perkenalan SUV segmen-C, X55, BAIC Automotive Group Co Ltd atau dikenali sebagai (BAIC) turut melancarkan sebuah SUV off-road, BJ40 Plus untuk pasaran Malaysia.

Untuk pasaran Malaysia, BAIC BJ40 Plus hanya ditawarkan dengan satu varian sahaja.

Dari segi reka bentuk, ia menampilkan unit pencahayaan lampu hadapan LED berbentuk petak yang dipadankan dengan reka bentuk gril lima lubang yang nampak lebih rugged dan kearah segmen penggunaan lasak.

 

baic

 

Manakala bagi pencahayaan belakang, sama sepeti lampu depan ia turut didatangkan dengan lampu belakang jenis LED berbentuk petak sekali gus menampakkan elemen reka bentuk geometri dan lasak.

 

baic

 

Dengan terserlah gaya off-road, BAIC BJ40 Plus mempunyai gred pendakian 60 peratus , sudut hadapan 37°, sudut belakang 31° dan sudut 'ramp' 23°.

 

baic

 

Untuk trenkuasa, ia menampilkan enjin petrol 2.0L turbocas yang dipadankan dengan kotak gear automatik ZF lapan-kelajuan yang memberikan kuasa 224PS dan tork 380Nm.

Direka dengan kejuruteraan khusus untuk pengembaraan laluan lasak BJ40 Plus mempunyai sistem 4WD separuh-masa BorgWarner dan struktur body-on-frame tradisional.

 

baic

 

Tambahan itu, turut ditampilkan ciri-ciri seperti suspensi hadapan dengan double wishbones dan spring gegelung, gandar belakang aktif dengan suspensi 5 pautan, sistem brek unggul yang ditala oleh Mitsubishi, dan Bosch 9.1 ESP.

Selain itu, ia menawarkan struktur inovatif yang membolehkan bumbung dibuka dan proses pemasangan semula untuk hadapan dan belakang dengan pantas.

 

baic

 

Bagi ruang dalaman, untuk bahagian konsol tengah ia hadir dengan paparan infotainment bersaiz 10 inci manakala, paparan klustermeter ditampilkan dengan saiz 12.3 inci, yang beri visual jelas kepada pemandu.

 

baic

 

Ciri-ciri lainnya, Bagi BJ40 Plus, ia menampilkan cahaya ambien monokrom yang memberi rasa lebih eksklusif yang disertakan dengan material kerusi tempat duduk kulit yang menambahkan lagi perasaan mewah itu.

 

baic

 

Untuk ketika ini, tanda harga rasmi masih belum diumumkan bagi model BJ40 Plus, namun, harga yang dianggarkan untuk pasaran Malaysia adalah bermula dari RM180,000 hingga lebih RM190,000.