Bahana i-Sinar - bulan Mac rekod pendaftaran motosikal baharu tertinggi dalam sejarah, 85,466 unit!

oleh HEZERI SAMSURI|
Projek i-Sinar dikatakan antara punca utama industri motosikal tempatan melihat pendaftaran motosikal tertinggi (untuk tempoh satu bulan) dalam sejarah.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Menurut rekod yang dikongsi kepada Careta, sejumlah 85,466 unit motosikal baharu telah didaftarkan dengan JPJ untuk bulan Mac 2021. Jumlah itu adalah yang tertinggi di dalam sejarah industri motosikal tempatan dan jauh meningkat dari bulan sebelumnya pada lebih kurang 55,000 unit.

Dari segi pecahan, Hong Leong Yamaha mencatat pendaftaran tertinggi (38,400 unit), diikuti oleh Boon Siew Honda (30,900 unit) dan kemudian jenama-jenama dari kumpulan MForce (SYM, KTNS, Benelli dan pelbagai lagi) sebanyak 8,000 unit. Jumlah baki jualan dikongsi oleh Modenas, Eurotech, Attiva dan Vespa.

Penjualan motosikal dijangka bakal meningkat lagi dengan pengumuman Perdana Menteri Tan Sri Datuk Muhyiddin Yassin yang memberikan insentif bebas duti eksais untuk motosikal pemasangan tempatan (CKD) dengan enjin 150cc dan ke bawah pertengahan bulan lepas.

 

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Segmen tradisional atau lebih tepat lagi motosikal berenjin pembakaran dalaman di Vietnam kini…
Berita Domestik
Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Ahmad Shukri Mat Akhir berkata, seorang suspek…
Berita Domestik
Ketua Polis Daerah Jerantut, Superitendan Azman Mat Kamis, berkata siasatan awal mendapati ketika…