Bahan api sintetik: Mercedes-Benz tidak berminat!

oleh Mohamad Hanif|
Jika sesetengah pengeluar automotif seperti Bentley, Mazda, McLaren dan Volkswagen bersedia untuk membangunkan tenaga alternatif sintetik bagi menggantikan peranan bahan api fosil, lain pula ceritanya daripada pengeluar automotif Jerman, Mercedes-Benz.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Menurut ketua unit R&D Mercedes Markus Schafer berkata, Mercedes tidak akan mengambil jalan yang serupa dalam menawarkan solusi tenaga yang lebih bersih kepada para pelanggannya.

"Kami telah membuat keputusan yang nyata, elektrifikasi merupakan jalan yang sebaiknya ketika membangunkan platform baharu.

Ketika mengulas komen terhadap bahan api sintetik, Schafer menjelaskan, "jika anda memiliki kapasiti tenaga yang banyak, cara yang lebih berkesan dan efisien adalah dengan menyalurkan tenaga tersebut ke dalam pek bateri.

 


"Untuk menukar tenaga yang bersih kepada e-bahan api merupakan proses di mana anda akan kehilangan kecekapan yang banyak.

"Jika terdapat lebih banyak tenaga yang bersih, kebanyakannya akan digunakan terlebih dahulu oleh industri aviasi, dan saya tidak melihat keadaan ini akan muncul di dalam industri kereta dalam tempoh 10 tahun akan datang.

Pengeluar seperti Mazda kini menjalankan kajian menghasilkan bahan api sintetik yang diperbuat daripada mikroalga, manakala McLaren pula mensasarkan bahan api sifar CO2.

Sementara itu, Audi dan Volkswagen juga masing-masing tidak mahu enjin pembakaran dalaman mati awal ditengah-tengah peningkatan trend pemilikan kenderaan elektrik, dan masih percaya enjin konvensional masih lagi mempunyai potensi tersendiri.

 


Sumber: Autocar UK

Berita Berkenaan

Berita Global
Fasiliti Haru Oni tersebut dibuka secara rasmi oleh Menteri Tenaga Chile, Diego Pardow dan…
Berita Global
Bersempena dengan sambutan ulang tahun yang ke-110, Bertone kini tampil dengan model binaan khas…
Berita Global
Terbaharu, syarikat Jerman itu mengumumkan pelaburan terkini bernilai $75 juta (RM316 juta) di…