Bahan api sintetik mampu jadi alternatif kepada EV - McLaren

oleh Mohamad Hanif|
Teknologi kenderaan elektrik ternyata semakin berkembang pada ketika ini apabila kebanyakan pengeluar sudah pun mula menumpukan perhatian kepada genre emisi sifar tersebut.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Namun, ia masih lagi jauh untuk menjadi sebuah segmen yang arus perdana, terutama di negara-negara yang masih lagi kekurangan infrastuktur yang bersesuaian.

Untuk memenuhi kekosongan antara trenkuasa bahan api fosil dan trenkuasa elektrik, ada pengeluar yang mula mencari alternatif seperti sel bahan api hidrogen, serta trenkuasa hibrid.

Dalam satu temubual bersama Autocar, McLaren percaya penggunaan bahan api sintetik mampu menjadi alternatif kepada tenaga elektrik, khususnya jika dilihat kembali kepada aspek pembuatan bateri EV yang mampu memberikan impak kepada alam sekitar.

Menurut COO McLaren Jens Ludmann berkata, "teknologi bahan api sintetik masih lagi sedang dibangunkan pada ketika ini, namun saya percaya (bahan api sintetik) ini mampu mempunyai kebaikan dari segi pelepasan emisi.

Malah, tambah beliau, enjin yang ada pada masa kini hanya memerlukan modifikasi kecil untuk membolehkan ia beroperasi menggunakan bahan api sintetik ini.

Idea bahan api sintetik ini mungkin dilihat menarik, namun Ludmann menegaskan ia bukanlah pengganti kepada kenderaan elektrik bateri.

"Teknologi bahan api sintetik ini bukanlah penyebab untuk kita menghentikan pembangunan teknologi bateri kereta elektrik, akan tetapi ia sebuah cara alternatif yang harus dipertimbangkan untuk masa hadapan," ujar beliau lagi.

Sumber: Autocar

Berita Berkenaan

Berita Global
Fasiliti Haru Oni tersebut dibuka secara rasmi oleh Menteri Tenaga Chile, Diego Pardow dan…
Berita Global
Bersempena dengan sambutan ulang tahun yang ke-110, Bertone kini tampil dengan model binaan khas…
Berita Global
Terbaharu, syarikat Jerman itu mengumumkan pelaburan terkini bernilai $75 juta (RM316 juta) di…