Bagaimana ujian Tucson dibuat? Dari Nürburgring sampai tarik beban belakang

oleh Muhammad Md Tajudin|
Menghasilkan sesebuah kenderaan bukan mudah kerana sebahagian proses pembangunan turut melibatkan ujian bagi memastikan ketahanan dan kualiti yang dimahukan.

Ini penting supaya kenderaan dihasilkan tidak bermasalah di kemudian hari dan menjejaskan kepercayaan pengguna.

Ujian yang dilakukan pula tidak hanya di dalam makmal dan turut merangkumi lapangan seperti di jalan raya sebenar atau sehingga litar lumba.

Sebagai contoh, Tucson generasi keempat melalui tempoh pembangunan intensif di pusat ujian Hyundai, medan ujian (proving grounds) dan jalan di serata dunia.

SUV itu turut melalui talaan perinci (fine-tuned) di Republik Czech dan Austria sebelum dilancar secara rasmi.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02
Ujian Hyundai Tucson

 

Kualiti kenderaan adalah keutamaan buat Hyundai. Pada tahun kebelakangan ini, syarikat dari Korea itu secara konsisten diperakui oleh pengiktirafan antarabangsa.

Contoh terdekat apabila Kajian Kualiti Awal (Initial Quality Study) AS 2020 J.D Power menempatkan Tucson generasi ketiga sebagai SUV kompak terbaik di pasaran.

Berikut ialah bagaimana Hyundai menguji Tucson generasi keempat:

Litar lumba

Tucson bukan sebuah kereta berprestasi untuk diuji di litar tetapi itu yang dilakukan Hyundai.

SUV itu dibangunkan serta diuji di Eropah termasuk melalui ujian ketahanan pecutan dan dinamika di litar terkenal Nürburgring Nordschleife.

Tucson turut melalui ujian ketat di jalan raya awam di Eropah yang merangkumi ujian musim paling sejuk di Sweden dan pengujian treler di Alps. 

Ujian cuaca panas pula dibuat di selatan Sepanyol bagi memastikan Tucson memenuhi jangkaan tinggi pelanggan di Eropah.

 

Ujian Hyundai Tucson

 

Medan ujian Republik Czech

Selain di tempat terbuka, Tucson melalui proses ujian di medan ujian (proving ground) di Republik Czech dan kualitinya perlu dibuktikan di dalam keadaan ekstrem dan pelbagai senario.

Sebagai sebuah SUV sejati, sistem pacuan empat roda, pembahagian daya kilas, pengawalan cekam dan tahap kenaikan daya kilas pada kelajuan rendah dicuba dan diuji dalam pelbagai keadaan.

Ujian menyeluruh ini dibuat supaya pemilik Tucson dapat memandunya pada permukaan bumi yang sukar tanpa kompromi.

Buka kesemua pintu, dua tayar di atas jalan

Satu lagi contoh ujian lasak ialah di jalan mencabar, para jurutera Hyundai membuat verifikasi ketegaran keseluruhan struktur badan dengan membuka kesemua pintu, but dan bumbung panorama dengan dua tayar di atas dan dua lagi secara pepenjuru di udara.

Pada peringkat ini, kesemua pintu berjaya ditutup tanpa sebarang masalah yang menandakan ketegaran badan Tucson.

 

Ujian Hyundai Tucson

 

NVH, bunyi-bunyian

Untuk Bunyi, Getaran dan Kekasaran (NVH), para jurutera Hyundai mengenal pasti bunyian tidak normal dari kereta dalam keadaan tertentu dan mengurangkannya untuk pengalaman pemanduan terbaik.

Setiap permukaan mempunyai pelbagai frekuensi bunyi di dalam kereta dan membolehkan ujian menyeluruh dapat dilakukan.

Ini aspek penting kerana ia satu keadaan tidak selesa dan meresahkan apabila kereta yang baru dibeli mengeluarkan bunyi menyakitkan telinga dan emosi. 

Pandu ke dalam air

Jurutera Hyundai turut memandu Tucson ke dalam air bagi memeriksa komponen seperti penutup bawah badan dan pelindung roda dapat bertahan selepas dipandu ke dalam air termasuk pada kelajuan lebih tinggi.

Selain itu, ujian dilakukan bagi memeriksa sama ada Tucson dapat dipandu dengan mudah ke dalam takungan air yang mempunyai kedalaman 20 hingga 30 sentimeter.

 

Hyundai Tucson

 

Ujian pada sudut 30 hingga 45 peratus

Brek parkir, fungsi Autohold dan Downhill Brake Control perlu membuktikan ketahanannya pada curam dengan sudut di antara 30 hingga 45 peratus.

Ujian stres turut dibuat pada klac ketika Tucson mula digerakkan pada cerun bagi memastikan ia sedia untuk menghadapi cabaran harian.

Banjaran Alp

Selepas membuktikan kemampuan dan ketahanan di Republik Czech, Tucson dibawah ke Banjaran Alp untuk menunjukkan keupayaan kapasiti tunda.

Di gunung Grossglockner, jurutera Hyundai memandu Tucson dengan treler di belakang pada laluan sukar bagi menguji kelakuannya semasa menunda di kawasan mendaki, menuruni curam dan melalui selekoh.

 

Hyundai Tucson

 

Lebih tujuh juta unit

Tucson merupakan model penting buat Hyundai dengan jualan melebihi tujuh juta unit sejak dilancarkan pada 2004.

Daripada jumlah itu 1.4 juta unit dijual di Eropah dan model paling laris Hyundai di sana.

Hyundai Tucson generasi keempat dilihat bergaya dengan identiti reka bentuk baharu iaitu Sensuous Sportiness.

Selain bergaya, adalah penting untuk sesebuah kenderaan mempunyai kualiti dan ketahanan setara dengan reka bentuknya.

Penulis: Muhammad Md Tajudin

 

Hyundai Tucson

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Namun begitu Hyundai mengakui bahawa ujian itu adalah satu simulasi sahaja kerana ia dilakukan di…
Berita Global
  Jarak roda Sonata Taxi 70 milimeter (mm) lebih panjang berbanding teksi Sonata New Rise (…
Berita Global
  Saiz DAL-e Delivery sebenarnya lebih kecil berbanding model terdahulu dan dapat beroperasi…