Bagaimana ujian pelanggaran trak Scania dijalankan (+Video)

oleh Mohamad Hanif|
Selain daripada Volvo Trucks, rakan senegaranya Scania AB juga turut pakar dalam menghasilkan trak-trak tugas berat yang benar-benar selamat.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Walaupun dunia kini mempunyai regulasi tersendiri di dalam ujian pelanggaran, Scania dikatakan memiliki peraturan yang lebih tegas dan menyeluruh dalam memastikan trak keluarannya melepasi piawaian keselamatan yang telah ditetapkan. 
 


Berdasarkan video ujian pelanggaran yang dijalankan, Scania menetapkan tiga ujian utama iaitu kadar muatan di bumbung kabin trak, efek ladung pada kabih sebelah pemandu, dan ujian efek hentakan muatan belakang terhadap kabin. 

Ketiga-tiga ujian pelanggaran ini merupakan simulasi kepada insiden kemalangan terbalik (rollover), trak yang menggelongsor ke arah sesebuah objek serta kesan hentakan muatan kargo ke arah kabin di dalam pelanggaran atau kemalangan. 
 


Ujian kemalangan tergolek turut dilakukan dalam dunia sebenar dengan menggunakan dua situasi yang berbeza - trak kargo memasuki selekoh dengan laju serta trak bomba yang menuruni cerun dengan tidak berhati-hati. 

Kedua-dua ujian yang dilakukan lebih menyerupai keadaan sebenar di atas jalan raya, dan di sini Scania mendapatkan data-data yang lebih tepat dalam membangunkan trak yang selamat.

Video penuh boleh disaksikan pada pautan di bawah.

 

Berita Berkenaan

Informasi
Dalam tempoh lebih 96 tahun berinovasi, Volvo Cars telah mencipta beberapa ciri yang sangat penting…
Berita Global
Difahamkan, Triton merupakan trak pikap pertama yang diuji di bawah protokol penilaian 2021-2025.…
Berita Domestik
- Ujian yang dilakukan di Jepun itu ialah ujian pengawalan (regulation test) untuk melepasi…