Bagaimana Thailand berjaya bungkuskan Australia dalam pembuatan kenderaan

oleh HEZERI SAMSURI|
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Sebut trak pikap, kita semua tahu bahawa trak pikap memang dibuat di Thailand.

Negara jiran kita yang dikenali sebagai pusat urut dunia dan kawasan-insuran-murah-RM27-seminggu oleh sesetengah superbiker itu sebenarnya telah menjadi hab pengeluaran kenderaan trak pikap saiz sederhana yang terbesar di dunia.

Malah sejak 2016, Thailand menjadi pengeksport kenderaan kedua terbesar ke Australia selepas Jepun. Negara kepulauan itu rata-rata gemarkan trak pikap yang menjadi pengganti kepada "ute" mereka.

 

mux

Trak-trak pikap yang dipasang di Thailand di eksport ke seluruh dunia. Kesemua trak pikap di Malaysia dan juga SUV berdasarkan trak pikap (Toyota Fortuner dan Isuzu Mu-X) dipasang di Thailand.

Trak pikap pertama Mercedes-Benz, X-Class pada mulanya akan dipasang di Sepanyol tetapi kerana permintaan yang tinggi, ia kemungkinan besar akan mula dipasang di Thailand juga.

Sebuah artikel dari CarsGuide.com.au menulis mengapa Thailand menjadi jauh lebih maju di dalam industri ini berbanding dengan Australia dan negara-negara jiran.

 

 

Kos buruh sangat rendah di Thailand

Menurut siasatan Cars Guide, gaji minima di Thailand ialah serendah AUS$2.00 (RM6.19) sejam.

Namun begitu, untuk menarik perhatian tenaga buruh mahir, syarikat kenderaan menawarkan gaji untuk pekerja di proses pemasangan kenderaan (assembly line) sebanyak AUS$6.00 (RM18.57) sejam.

Ini bermakna gaji seorang operator pemasangan kenderaan di Thailand ialah sebanyak RM38,700 setahun atau RM3,225 sebulan.

Jumlah itu sangat tinggi untuk Thailand tetapi untuk rakyat Australia, ia terlalu rendah. Kerana itu Holden (GM), Ford dan Toyota menutup kilang pemasangan kenderaan mereka di Australia.
 

 

Perjanjian Perdagangan Bebas Australia - Thailand

Dalam tahun 2005, kerajaan Australia dan Thailand menandatangani perjanjian Free Trade Agreement yang menjadikan sebarang produk import antara kedua negara itu bebas dari cukai import.

Hasil dari perjanjian itu, Thailand mengeksport sebanyak 1.88 juta kenderaan ke Australia dalam masa 10 tahun.

Dalam masa yang sama, Australia turut mengeksport kenderaan buatan Australia.

Sebanyak 100 unit Ford Territory SUV (gambar atas) dieksport ke Thailand dalam tahun 2012 (sebelum kilang Ford Australia ditutup). 

Pasti ada rakan di Australia yang menepuk dahi sehingga berlekuk.

 

 

Keputusan Ford 

Ford sebenarnya ialah pemain utama kenderaan di pasaran domestik Australia suatu ketika dahulu.

Pada tahun 2007, Ford berkata ia akan memasang Ford Focus hatchback di Melbourne, Australia.

Rancangan itu tidak diteruskan kerana Ford berkata ia adalah lebih murah dan menguntungkan untuk memasang Ford Focus di Thailand sahaja.

Ford kini mempunyai dua kilang pemasangan kenderaan di Thailand yang menghasilkan 500,000 unit kenderaan setahun untuk dieksport ke 130 negara.

Seramai 6,000 orang Thai yang bekerja di kilang-kilang tersebut.

 

 

Bagi Careta pula, selain dari sebab-sebab yang dinyatakan oleh CarsGuide itu, Thailand mempunyai beberapa lagi sebab yang menjadikan ia pemain automotif nombor satu di Asia Pasifik.

Kemudahan vendor bertaraf dunia

Tidak seperti Malaysia, Thailand menumpukan kegiatan penghasilan vendor-vendor bertaraf dunia.

Malaysia mengambil langkah untuk membina kenderaan sendiri dahulu bagi mewujudkan venor-vendor terbaik di rantau ini.

Thailand sehingga kini tidak mempunyai kenderaan jenama nasional tetapi ia menjadi hab pengilangan kenderaan Asia Pasifik.

Ia juga menjadi hab pengilangan dan R&D untuk syarikat-syarikat tayar jenama global. Litar-litar ujian yang dibina oleh syarikat tayar di Thailand sudah cukup untuk membuktikan mereka berada jauh di hadapan dari Malaysia.

 

 

Pasaran domestik yang semakin kukuh

Penjualan kenderaan di dalam pasaran domestik Thailand juga semakin kukuh. 

Ini ialah kerana kerajaan Thailand memberikan insektif yang baik untuk syarikat kenderaan menjual kenderaan yang dipasang di Thailand.

Contoh terbaik ialah motosikal berkuasa tinggi. Kerajaan Thailand mempelawa syarikat motosikal untuk menjual produk mereka di pasaran tempatan dan akan diberikan pelbagai insentif untuk eksport dan jualan.

*Gambar di atas menunjukan Troy Bayliss dalam sesi lawatan ke kilang Ducati di Thailand.

 

 

Tidak ada campur tangan politik perkauman

Thailand tidak mempunyai dasar-dasar yang rumit. Ia mahukan syarikat swasta menawarkan pekerjaan dengan gaji yang baik kepada rakyatnya.

Syarikat asing dibenarkan membuka kilang pemasangan di kawasan-kawasan istimewa dengan kadar cukai lebih rendah dan kos tanah yang sangat mampu.

 

 

Tiada masalah besar berkaitan bahasa

Alasan lemah Bahasa Inggeris tidak langsung menjadi sebab. Kesemua orang asing yang mahu berniaga di sana akan mempelajari bahasa Thai atau mempunyai jurubahasa bertauliah.

Ia sama seperti di Indonesia juga di mana orang asing akan mempelajari bahasa Indonesia.

Di Malaysia, rakyat yang tidak pandai bertutur bahasa Inggeris dianggap lemah dan tidak proaktif. 

Berita Berkenaan

Berita Global
Operasi yang bermula Februari itu telah meningkatkan pengeluaran kilang tersebut sebanyak 70…
Berita Global
Tahun ini, selain dari menjadi pentas persaingan antara jenama-jenama China yang mengusung model-…
Berita Global
Dibina di atas platform E-GMP, ia juga lebih kecil berbanding dengan EV6 yang sudah dijual di…