Bagaimana sekiranya BMW menghasilkan trak pikap sendiri?

oleh Mohamad Hanif|
Pertengahan bulan yang lalu, BMW baharu sahaja melancarkan SUV kelas premium terbesar di dalam kelas X, iaitu X7 yang hadir dalam konfigurasi tujuh tempat duduk.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Berdasarkan reka bentuk baharu yang cuba dibawakan oleh BMW, terdapat beberapa permintaan daripada para pengedar di Australia untuk melihat BMW mendatangkan versi trak pikap berdasarkan SUV X7 tersebut untuk menyaingi Mercedes-Benz X-Class. 

Dalam satu perkembangan yang berbeza, BMW telah mengesahkan bahawa mereka tidak akan memasuki pasaran trak pikap premium oleh kerana kehendak pasaran yang terlalu kecil untuk dijadikan sebagai senjata utama mereka. 
 


Namun, berita ini tidak menghalang daripada pakar manipulasi gambar X-Tomi Design daripada mereka bentuk sebuah BMW X7 versi trak pikap, walaupun ia sekadar gambaran berdasarkan SUV yang baharu sahaja dilancarkan tempoh hari. 

Sekiranya BMW ingin turut serta menyertai persaingan pasaran trak pikap, ia tidak akan menjadi masalah dari segi nadi kuasa oleh kerana BMW X7 sendiri hadir dengan beberapa pilihan enjin berkuasa seperti V8 4.4 liter turbo berkembar (456 hp/649 Nm) ataupun enjin diesel enam silinder 3.0 liter quad-turbo (395 hp/760 Nm) dengan transmisi automatik lapan kelajuan. 

Mereka hanya perlu membangunkan casis trak pikap sendiri atau pun meminjam platform seperti mana yang dilakukan oleh seteru mereka Mercedes-Benz...

Berita Berkenaan

Berita Domestik
BMW X7 xDrive40i M Sport dilengkapi dengan rekabentuk M Specific di hadapan dan belakang, pakej M…
Berita Domestik
BMW X7 xDrive40i M Sport versi pemasangan tempatan ini hadir dengan pakej M Aerodynamics untuk…
Berita Global
Tidak seperti penampilan terdahulu, BMW telah memberikan rupa paras yang lebih berani pada model X7…