Bagaimana Porsche mengalah dengan Peugeot

oleh HEZERI SAMSURI|
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Model-model Porsche memang menggunakan nama tiga digit sejak dari awal ia bermula.

Contohnya, model 356, kereta sport pertama Porsche yang dihasilkan dalam tahun 1948. Kemudiannya model-model perlumbaan Porsche pada zaman itu - 360 Cisitalia, 550 Spyder, 718, 787, 804 dan seterusnya.

Pada awal tahun 1960-an, nombor model untuk Porsche sudah sampai ke digit 9 dan semasa Pameran Motor Frankfurt dalam tahun 1963, Porsche menarik perhatian dunia dengan model 901, pengganti model pertama mereka, Porsche 356.

Porsche 901 mula dibina dan dari 14 September hingga 16 November 1964, sebanyak 82 unit Porsche 901 telah dibina dan secara rasmi, kesemuanya digunakan untuk ujian-ujian dan pameran.

 

 

Porsche mula membawa 901 (gambar atas) itu keluar dari Jerman dan pada bulan Oktober 1964, model sport itu dipamerkan di Pameran Motor Paris dan di sana masalah bermula.

Peugeot membuat bantahan rasmi terhadap penggunaan nombor 901 yang digunakan oleh Porsche untuk produk mereka.

Menurut Peugeot, syarikat Perancis itu sudah lama menggunakan susunan digit dengan nombor "0" di tengah untuk produk-produk mereka.

Porsche tidak mahu memanjangkan isu itu dan menggantikan nombor "0" itu dengan "1" dan memanggil model itu sebagai 911, mungkin supaya Peugeot boleh memastikan agar pasaran di Perancis tidak terkeliru antara model 901 milik Porsche atau model-model lazim Peugeot.

 

 

Namun begitu sejarah Porsche semakin menarik bila dunia mendapat tahu antara 82 unit Porsche 901 yang dibina sebelum bangkangan Peugeot itu ada yang masih selamat dan dimiliki oleh orang-orang persendirian.

Contohnya, Alois Ruf, pemilik jenama talaan Porsche terkenal memiliki sebuah Porsche 901 bernombor 37. Porsche 901 nombor 20 pula dimiliki oleh Kurt Schneider, seorang lagi pemilik persendirian.

Begitulah nilai sejarah Porsche 911 yang sehingga kini menjadi lagenda automotif dunia. 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Lokasi itu terletak di dalam kawasan ladang sawit berhampiran dengan sebuah kampung yang terletak…
Berita Global
Secara teknikal, Taycan Turbo GT menghasilkan 777 HP dan 1,339 Nm, namun ia boleh dipertingkatkan…
Berita Global
Namun tahukah anda, menjelang tahun akhir produksi model tersebut, Porsche membuat keputusan untuk…