Bagaimana OMV akan buat harga kenderaan meningkat?

oleh HEZERI SAMSURI|
Harga kenderaan dijangka akan meningkat sehingga 23 peratus bermula pada tahun 2023 jika kerajaan akan meneruskan rancangannya untuk menggunakan pengiraan cukai yang baharu untuk kenderaan baharu.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Menurut Datuk Aishah Ahmad, presiden Persatuan Automotif Malaysia (MAA), cadangan kerajaan itu akan melihat peningkatan harga dari 8 hingga 23 peratus bagi kenderaan-kenderaan pemasangan tempatan (CKD) seperti hampir kesemua model Honda, Toyota, Mazda dan pelbagai jenama lain termasuk Proton dan Perodua.

Cadangan kerajaan untuk menggunakan pengiraan baharu untuk Nilai Pasaran Terbuka (OMV) yang akan meningkatkan harga sebelum cukai bagi kenderaan CKD itu sepatutnya mula digunakan bermula tahun 2020. 

Namun begitu, kerajaan bersetuju untuk menerima rayuan MAA dan menangguhkannya sehingga akhir tahun 2022. 

Aishah berkata pihak beliau sudah bertanyakan samada pengiraan baharu duti eksais itu akan ditangguhkan lagi atau tidak selepas 2022 tetapi tidak menerima sebarang reaksi.

 

 

“Jika ia tidak ditangguhkan, pasaran akan melihat peningkatan harga untuk kenderaan CKD,” terang Aishah ketika mesyuarat agung tahunan MAA tempohari.

OMV atau Open Market Value ialah cara harga kenderaan dikira dan duti eksais akan dikira menurut harga tersebut. Sebarang peningkatan pada OMV akan meningkatkan jumlah cukai dan seterusnya, harga jualan kenderaan.

Sebelum ini, pengiraan OMV oleh kastam adalah nilai termasuk dengan kos umum dan keuntungan yang terbatas pada pembuatan kenderaan itu sahaja.

Kaedah OMV baharu pula akan turut membabitkan kos elemen-elemen lain selepas proses penghasilan kenderaan, seperti kos pengiklanan dan pemasaran, kos waranti, royalti perdagangan, penggajian pekerja, komisen, kos pengurusan syarikat dan pelbagai lagi.

“Ini pastinya akan meningkatkan jumlah duti eksais dan kemudiannya dicampur kepada harga jualan kenderaan itu sendiri ,” ujar Aishah.

Aishah berkata mereka telah merayu dan memberikan cadangan kaedah perkiraan OMV yang lama yang tidak membabitkan kos-kos bukan pembuatan kenderaan untuk digunakan agar harga kenderaan menjadi lebih menarik.

Namun begitu, MAA masih tidak menerima sebarang kenyataan dari pihak kerajaan berkaitan cadangan tersebut.

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Beliau berkata, pertumbuhan itu juga didorong oleh insentif bebas cukai, pelancaran baharu seperti…
Berita Domestik
Walaupun angka untuk November adalah 4 peratus lebih rendah bulan ke bulan, MAA berkata jualan…
Informasi
“Ia merupakan TIV bulanan kedua tertinggi serta TIV kali ketiga melebihi 70,000 unit untuk tahun…