Bagaimana jika Rolls-Royce 'gatal tangan' hasilkan supercar enjin tengah?

oleh Mohamad Hanif|
Seperti yang kita semua maklum, jenama yang sebati dengan The Spirit of Ecstasy ini bukanlah calang-calang syarikat British yang pakar di dalam menghasilkan barisan kereta mewah untuk kluster kayangan.
BHPETROL Euro5 Diesel MREC Banner Campaign Sep 2023

Syarikat Rolls-Royce (bukan Rolls-Royce Motor Cars) turut sama berpengalaman dalam menghasilkan enjin pesawat, tenaga propulsi kapal marin dan peralatan penjanaan tenaga.

Beralih semula kepada Rolls-Royce Motor Cars yang kini merupakan syarikat subsidiari penuh yang dimiliki oleh BMW, tidak sekalipun Rolls-Royce menunjukkan minat untuk beralih kepada segmen supercar.

Bukan tidak minat, akan tetapi fokus Rolls-Royce sangat berbeza jika dibandingkan dengan pengeluar lain, lihat sahaja pada barisan kenderaan terkini seperti Ghost, Wraith, Dawn, Phantom dan Cullinan.

Namun, bagaimana jika Rolls-Royce mula menunjukkan minat untuk menghasilkan supercar?

 


Gambar rendering yang ditunjukkan diatas merupakan hasil kerja pereka Rain Prisk yang mahu menunjukkan kemungkinan sekiranya Rolls-Royce mahu meneroka bidang baharu - supercar mewah.

Jika dibandingkan dengan saiz dan perkadaran model terkini Rolls-Royce, ternyata pendekatan yang diambil oleh Rain Prisk satu langkah yang cukup berani yang menampakkan supercar Rolls-Royce yang serba rendah dengan konfigurasi enjin di belakang.

Rain Prisk turut mengakui kesukaran beliau dalam mengasimilasikan garisan klasik Rolls-Royce terhadap rendering supercar tersebut.

Rekaan gril hadapan juga boleh dikatakan cukup nipis jika dibandingkan dengan identiti asal Rolls-Royce, dibantu dengan lampu utama (juga nipis rekaannya) serta kehadiran Spirit of Ecstacy bertenggek di atas frunk.

Adakah ini satu langkah baharu yang perlu diterokai oleh Rolls-Royce?

Sumber: Rain Prisk | Facebook

Berita Berkenaan

Pelancaran
Malaysia menjadi antara negara di ASEAN yang terawal untuk menerima model EV pertama dari Rolls-…
Berita Global
  Enjin itu dipadan bersama transmisi manual empat kelajuan dan boleh dipecut melebihi 128…
Berita Global
La Rose Noire Droptail ini dikatakan mengambil inspirasi daripada bunga ros Perancis yang dikenali…