Sistem e:HEV ini terdiri daripada dua buah motor elektrik dan enjin 1.5 liter yang mampu menghamburkan 109 PS dan tork setinggi 253 Nm itu sudah lebih daripada cukup untuk menggerakkan hatchback urban ini.
Namun, bagaimana jika Honda Jazz/Fit ini dilahirkan sebagai sebuah hot hatch sejati Type R?
Seorang pereka X-Tomi Design hadir dengan ilustrasi tersendiri yang memaparkan Jazz/Fit yang dilengkapi dengan kit badan standard Type R termasuklah bumper hadapan, liang kemasukan udara yang sangat besar dan diakhiri dengan lip spoiler.
Tema tersebut diteruskan dengan pemakaian skirt sisi gentian karbon, rim aloi multi-spoke, pelindung cermin sisi dan spoiler boot kekal yang menyerupai bentuk spoiler belakang Civic Type R.
Jika rupa bentuk kit badan Mugen Jazz/Fit tidak begitu menawan, mungkin kit badan Type R ini amat cocok dengan jiwa kelajuan anda.
Sebelum ini kami pernah menyiarkan berita dakwaan bahawa Honda bakal membawakan versi prestasi tinggi ke pasaran dengan enjin 1.5 liter turbo menghasilkan 220 PS dan 250 Nm.