Bagaimana Hyundai elak masalah kekurangan cip? Beli stok awal-awal!

oleh Mohamad Hanif|
Dalam banyak-banyak pengeluar automotif di dunia, Hyundai Motor nampaknya merupakan antara syarikat yang berjaya mengekalkan momentum produksi ditengah-tengah krisis kekurangan bekalan cip semikonduktor global.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Menurut tiga sumber yang rapat dengan isu tersebut menjelaskan, Hyundai berjaya mengelakkan masalah tersebut disebabkan saranan daripada unit perolehan yang 'membaca' trend perubahan semasa di dalam industri semikonduktor.

"Seperti pengeluar lain, Hyundai juga turut merancang untuk mengurangkan produksi pada permulaan tahun disebabkan COVID-19.

"Jika Hyundai mengikut jejak langkah pengeluar lain dengan menghentikan pembelian bekalan, mereka akan mendapat masalah di kemudian hari," ujar wakil sumber yang merujuk kepada peningkatan trend pembelian peralatan elektronik seperti PlayStation 5.

Disebabkan itu, Hyundai membuat keputusan untuk berterusan membeli bekalan cip semikonduktor ketika pesaing-pesaing yang lain mula mengurangkan pemerolehan disebabkan penurunan permintaan akibat wabak pandemik COVID-19.

Jika dibandingkan dengan tahun 2019, jumlah bekalan cip yang dibeli oleh Hyundai adalah berkurangan untuk tahun 2020, menurut sumber yang rapat dengan produksi cip untuk automotif.

Namun menjelang suku yang berakhir pada Disember, terdapat peningkatan pembelian stok mendadak yang dicatatkan oleh pengeluar Korea Selatan itu.

Menurut pakar penganalisa, selain daripada pandemik yang banyak mempengaruhi perancangan syarikat itu, Hyundai juga banyak belajar daripada China dan Jepun sebelum ini.

Pada tahun 2019, berlakunya pertikaian diplomatik antara Jepun yang mempengaruhi bekalan bahan kimia kepada pengeluar cip Korea Selatan, dan pada awal tahun 2020 ketika pandemik mula menyerang China, produksi di kilang Kia dan Hyundai terpaksa dihentikan akibat kekurangan bekalan yang disumberkan dari China.

Sumber: Japan Today

Berita Berkenaan

Berita Global
Namun begitu Hyundai mengakui bahawa ujian itu adalah satu simulasi sahaja kerana ia dilakukan di…
Berita Global
  Jarak roda Sonata Taxi 70 milimeter (mm) lebih panjang berbanding teksi Sonata New Rise (…
Berita Global
  Saiz DAL-e Delivery sebenarnya lebih kecil berbanding model terdahulu dan dapat beroperasi…