Bad Lab dan Boon Siew Honda Racing Team jalin kerjasama dalam Malaysian Cub Prix

oleh Danial Yasin Suhaimi|
Pada penghujung bulan Februari yang lepas, jenama barangan penjagaan diri terkenal iaitu Bad Lab telah mengumumkan penglibatannya dalam sukan permotoran melalui kerjasama dengan Boon Siew Honda Racing Team.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Ianya bersempena dengan pelancaran kempen ‘Man-Gineered For Power’ Bad Lab yang mempunyai misi untuk menyokong bakat-bakat baru terutamanya pelumba motosikal tempatan.

 

2

 

Semasa pengumuman tersebut, Bad Lab dan Boon Siew Honda Racing Team turut mengumumkan senarai pelumba muda bagi pasukan Bad Lab KC Honda Racing Team.

Pelumba-pelumba tersebut ialah:

  • Muhammad Irfan Haykhal Bin Amidi, 16, Negeri Sembilan Darul Khusus
  • Muhamad Shahzul Naim Bin Razali, 25, Selangor Darul Ehsan
  • Adib Hareez Bin Hazwat, 17, Johor Darul Takzim
  • Muhammad Farish Iqmal Bin Khayrul Elyas, 17, Johor Darul Takzim

 

3

 

Para pelumba bagi pasukan Bad Lab KC Honda Racing Team itu telah memulakan 2 pusingan perlumbaan pertama mereka dalam Malaysian Cup Prix iaitu pada 25 Februari di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) dan 12 Mac di Dataran Sri Jempol.