BAC Mono catat masa pusingan terpantas di Sepang, kalahkan Porsche 911 GT2 RS!

oleh Mohamad Hanif|
Dengan bantuan daripada pemandu Blancpain GT Series, Shaun Thong, BAC Mono berjaya mencatatkan pusingan masa terpantas bagi kategori kereta produksi di Litar Antarabangsa Sepang, dengan catatan masa 2:14.617.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Sebagai rekod perbandingan, catatan masa terbaik yang dicatatkan sebelum ini adalah 2:18.997 yang diperoleh daripada jentera baharu Porsche 911 GT2 RS. 

Acara pemecahan rekod tersebut dibuat pada acara tertutup Mono Experience bersama dengan para pemilik model BAC Mono. 
 


Sebelum ini, BAC Mono juga telah mencatatkan rekod terpantas di litar Zolder, Hungaroring dan juga di Anglesey, selain menjadi supercar terpantas di Goodwood Festival of Speed. 

BAC Mono mula diperkenalkan kepada umum pada tahun 2011 dan semenjak daripada itu, ia masih menjadi pilihan walaupun tanpa sebarang perubahan kosmetik, sebagaimana lazimnya industri automotif global.
 


Apa yang membezakan antara model asal dan model terkini ialah penawaran enjin, di mana model asal menggunakan enjin Cosworth 2.3 liter empat silinder (285 hp) manakala model selepas tahun 2015 dilengkapi enjin 2.5 liter yang mampu menghasilkan 305 kuasa kuda dan transmisi sequential enam kelajuan Hewland.
 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Hewland Technology, pembuat sistem transmisi berkualiti tinggi yang digunakan oleh pasukan-pasukan…