Baby Tenere 700 pusing keliling dunia untuk tunjuk konsep

oleh HEZERI SAMSURI|

Yamaha yang teruja dengan minat yang tinggi terhadap jentera prototaip Tenere 700 World Raid akhirnya akur dengan kehendak pasaran.

Walaupun belum dilancarkan, Yamaha melancarkan acara World Raid Tour di mana sepasukan penunggang Yamaha akan membawa prototaip Tenere 700 World Raid melalui beberapa peringkat pengembaraan sukar di seluruh dunia.

Ia akan melalui negara-negara seperti di US, Australia, Afrika dan Eropah dan bertemu dengan peminat jentera yang akan dilancarkan nanti.

 

 

Lokasi pertama Tenere 700 World Raid ini ialah di Queensland, Australia.

Penunggang Yamaha Dakar Racer, Rod Faggoter diberi penghormatan untuk menunggang Tenere kecil ini untuk peringkat pertama kempen dunia tersebut.

Afrika akan menjadi destinasi seterusnya.

 

 

Unit prototaip Tenere 700 World Raid ini digunakan untul menghasilkan spesifikasi bagi unit produksi model tersebut.

Enjin 689cc CP2 dari model Yamaha MT-07 digunakan kerana rekabentuk kompak enjin tersebut dan juga penyampaian kadar tork yang linear dan mudah digunakan.

 

 

Titik berat yang lebih rapat ke bumi serta berat yang bertumpu ke bahagian tengah motosikal Tenere 700 itu menyebabkan ia mudah dikawal.

Unit prototaip ini juga dipasang dengan ekzos Akrapovic yang direka khusus untuk motosikal tersebut.

 

 

 

Add new comment

Careta Ad

Berita Berkenaan

Berita Global
Dibangunkan antara tahun 1967 sehingga tahun 1970, hanya sebanyak 351 unit telah berjaya keluar…
Gaya Hidup
PENGANJURAN perhimpunan Fenomena SuperMoped 2020 telah berjaya menarik penyertaan 5,000 orang…
Berita Global
Selain daripada pakar alat muzik dan juga menghasilkan Ysuku yang panas macam keluar dari ketuhar…