Aznom Palladium - crossover sedan mewah + SUV

oleh Mohamad Hanif|
Masih ingatkah anda pada model crossover trak pikap dan sedan Atulux yang dihasilkan oleh syarikat pengeluar kereta mewah Aznom?
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01

Syarikat yang berasal dari Itali itu nampaknya kembali dengan sebuah lagi model yang berkonsepkan serupa, akan tetapi masih lagi nampak pelik - sebuah sedan mewah yang dilengkapi keupayaan merentas pelbagai jenis bentuk muka bumi.

 


Konsep yang digelar sebagai Aznom Palladium ini disifatkan sebagai "kereta mewah all-terrain yang tidak konvensional", dan seperti yang dijangka ia merupakan versi crossover antara sebuah sedan mewah dan SUV, dengan rekaan badan jenis tiga kotak dan jarak kelegaan tanah yang tinggi.

Hasil kerja terhadap bahagian panel badan kenderaan ini dikatakan dibina menggunakan tangan, manakala rekaan Palladium pula banyak diinspirasikan daripada sebuah Rolls-Royce, seperti reka bentuk gril dan juga lampu utama.

 


Sementara di bahagian sisi pula menampakkan rekaan tiang C yang agak tebal, dan di bahagian belakang pula menampilkan cermin yang kecil ala-ala kereta sports, serta lampu utama yang lebih tipis melintangi seksyen tersebut.

Menurut Aznom, Palladium ini bakal menampilkan enjin (berkemungkinan besar V8) dengan pengecas turbo berkembar yang mampu menghasilkan 671 kuasa kuda, dengan penawaran mod pacuan 2WD dan 4WD tanpa menjelaskan dengan teliti aspek tersebut.

 


Projek Palladium ini mengambil masa kira-kira dua tahun dan dikatakan sedang berada di dalam fasa akhir produksi, di mana ia akan dilancarkan secara rasmi pada September nanti.

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Ucapkan selamat datang kepada sedan mewah (hyper limousine?) Aznom Palladium, dan seperti yang anda…
Berita Global
Bagaimana sekiranya ada terfikir satu idea yang menggabungkan praktikaliti sebagai sebuah trak…